Assalamualaikum w.r.t
memaparkan sebuah kritikan ringkas terhadap filem Tengelamnya Kapal Van Der Wijack dari sudut pandangan pengarang.
Pengolahan karya daripada sebuah karya verbal kepada visual semakin giat dilaksanakan oleh agensi fefileman di seluruh dunia. Ramai ahli sarjana Sastera cuba bangkit dan mengkritik malah menganalisis proses dan teknik, implikasi dan ketulenan sebuah karya yang diadaptasi. Ketulenan karya asal amat dititikberatkan oleh Sarjana namun tidak bagi pengiat seni fefileman sehingga berlaku polemik yang bercanggah sesama sendiri. Tidak ketinggalan sebuah karya besar Suraya Intercine Film, Tengelamnya kapal Van Der Wijack sebuah karya adaptasi daripada novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijack nukilan abadi Hamka, penulis tersohor Indonesia telah menjadi sebuah karya masterpiece bagi industri filem Indonesia. Namun, sejauhmanakah teknik kepengarangan Hamka telah diolah dan dicantas oleh pengarah Sunil Suraya? malahan bagaimana pula paparan visualnya? kehebatan filem ini banyak dibual bicara oleh sarjana-sarjana daripada pelbagai aspek, namun disini aspek paling utama yang telah melonjakkan karya di ke seluruh persada dunia adalah kerana ketepatannya menimbulkan dan membangkitkan rasa emosi dalaman penonton. Kajian ini akan merujuk sebuah teori iaitu teori rasa fenomenologi oleh Profesor Suhaimi Abd Aziz.
sila klik untuk menonton.
https://plus.google.com/u/0/+lindalinrashid/posts/RWNVxYN9CMe?pid=6190078094149432642&oid=104729738109981041137
SINOPSIS
filem ini mengisahkan kisah cinta tidak kesampaian Zainudin terhadap Hayati. Zainudin, seorang lelaki kampung Makassar yang tidak mempunyai keluarga keluar menetap di rumah sanak saudara di Batipuh, sebuah wilayah di Indonesia yang kaya dengan adat Minangkabau pada tahun 1930. Hayati, anak yatim piatu yang tinggal bersama bapa saudaranya seorang penghulu adat Minangkabau di Batipuh mulai jatuh cinta terhadap Zainudin yang telah dipulau oleh orang kampung kerana status dirinya yang tidak berketurunan. Mereka saling menjalin cinta. namun, Zainudin diusir kerana telah difitnah sebagai perosak adat dan keturunan suku Minangkabau kerana cintanya terhadap Hayati telah dianggap melanggar adat.
"cinta hanya khayalan dan dongeng"
mereka berpisah dan Zainudin membawa diri ke Padang Panjang. Zainudin tinggal bersama saudaranya sehingga pada suatu saat Hayati menulis sepucuk surat mengatakan dia akan ke Padang Panjang untuk menyaksikan pesta lumba kuda dan akan menetap di rumah sahabatnya Khatijah dan mereka akan sering bertemu setiap hari, Timbul pengharapan buat Zainudin, besar hatinya untuk bertemu Hayati, kekasih abadi. Di Rumah Kadijah, Hayati disolek indah sehingga membuka mata Aziz, abang Khadijah yang tinggal di kota yang serba moden. Hayati dan Zainudin tidak sempat ketemu di pesta itu. Malah, Zainudin telah dihina oleh Aziz. Lamaran telah diutuskan oleh keluarga Aziz buat Hayati, Zainudin juga menghantar sepucuk surat bagi melamar Hayati. Setelah kata sepakat, keluarga Hayati menerima lamaran Aziz dan lamaran Aziz ditolak. tidak ada daya buat Zainudin setelah cintanya ditolak oleh Hayati sendiri, kekasih hati yang pernah berjanji setia sehingga akhir hayat kini memutuskan agar kisah cinta mereka dilupakan yang hanya tinggaladalah sebuah ikatan sebagai sahabat. pengharapan cinta Zainudin buat Hayati musnah sehingga Zainudin jatuh sakit. Abang Muluk, saudara Zainudin menyedarkannya untuk bangkit dari kesedihan.
"Yang terjadi biarlah terjadi"
Bangkit untuk berjuang melawan rasa kecewa seorang kekasih yang ditinggalkan. Mereka berpindah ke Batavia. mereka mengenali seorang tokoh penerbitan surat khabar terkenal di Batavia. Hasil nukilan Zainudin telah disambut baik sehingga lahir karya pertamanya yang bertajuk Terusir kemudian Kemana Aku Akan Pulang. Kehebatan Zainudin semakin terserlah dan Zainudin ditawarkan untuk mengendali sebuah syarikat penerbitan di Surabaya. Akhirnya Zainudin menjadi tokoh yang terlalu masyur di Surabaya dan bertemu dengan Aziz dan Hayati di majlisnya sendiri. Aziz bangkrup kerana sikapnya yang suka berfoya dan berjudi, mereka menumpang di rumah Zainudin dengan layanan yang cukup baik. Aziz jatuh sakit, kerana malu Aziz membawa diri ke bandar untuk mencari rezeki namun ditemui mati membunuh diri. Hayati kembali menagih kasih daripada Zainudin tetapi semuanya sudah terlewat. Dalam hati Zainudin, Hayati sudah lama mati. Mati di dalam kenangannya. Hayati diminta pulang dengan menaiki Kapal Van Der Wijack yang akan ke Batipuh. di dalam perjalanan, kapal tersebut tengelam. Hayati meninggalkan Zainudin dengan penuh rasa cinta yang masih utuh buat Zainudin. Dan Zainudin hidup kerana rasa cintanya buat Hayati masih belum berkesudahan.
jangan pernah bersedih
jangan putus asa
cinta itu bukan melemahkan hati
bukan membawa tangis
bukan membuat kita putus asa
tetapi cinta itu menguatkan hati
menghidupkan pengharapan- HAYATI
menghidupkan pengharapan- HAYATI
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment