“okey tak?”
Lanna terkejut dek
sapaan dari seorang lelaki yang agak tampan di matanya. Kantung mata yang
tadinya sudah semakin terkatup terbuka luas serta merta.
“Err..tak! Asyik kelabu
je..” lantaran masih lagi mamai kepala biul, Lanna menjawab dengan seikhlas
mungkin. Lelaki itu tersenyum sambil menayangkan baju tersebut ke tubuhnya di
hadapan cermin.
“Umm ya tak ya juga.
Kat rumah dah banyak baju kelabu. Asyik kelabu je kan?” lelaki itu terus
tersenyum. macam mana budak ni tahu aku asyik pakai baju kelabu?.
“Encik boleh try
colour lain, kat sana masih banyak lagi pilihan.” Lanna menuding jarinya ke
arah wall yang masih lagi di gantung dengan formal shirt pelbagai
corak ringkas dan warna lembut terang. lelaki ini nampak macam bukan
calang-calang orang, baik aku serve elok-elok. Dah lah hensem auwww vilbrate
pulak jantung kita nie” bisik hati Lanna sambil tersenyum bak kerang busuk.
“berapa ya harganya..”
Tanya lelaki itu sambil menatap lembut wajah Lanna. Lanna makin bergelut dengan
debaran jantungnya.
“Yang ni semua harga
rm119 untuk one pieces kalau ambil dua dapat rm169 encik. Boleh combined
with pants also.” jawab Lanna dengan petah walaupun ada nada getaran
disebalik suaranya yang lembut.
“oh murah. Saya selalu
je datang sini. Emm boleh bagi saya yang itu?” Lelaki itu memuncungkan mulut ke
arah sehelai baju berwarna peace corak plain. Lanna mengambilnya dengan pantas.
Lalu spontan mengayakan baju tersebut ke tubuh lelaki itu. Lelaki itu
merelakan. “sesuai?” lelaki itu tersenyum.
“Erm terang sangat
encik. Apa kata try yang ini.” Lanna menyuakan sehelai baju berwarna merah.
“kalau yang itu?”
“Saya dah ada banyak
baju biru.” langkah Lanna terbantut, tak jadi menjonget kaki untuk mancapai
baju yang tergantung di bahagian atas. Lantas mengeluh perlahan. Lelaki itu
menayangkan baju colour purple putih pula di hadapan cermin.
“kalau encik tak suka
biru, dekat sana masih ada colour lain tetapi harganya lebih murah rm79
sahaja encik.” pujuk Lanna.
“Boleh juga.” Lelaki itu
membontoti langkah Lanna menuju ke arah bahagian wall yang lain pula. Di
situ kelihatan baju yang bercorak dan berwarna warni.
“yang ini encik”
Lelaki itu merenung
lama. “tak nak! Macam bangla.”
“Ciss kurang asam.”
Lanna buat muka tersenyum manis, walaupun sedang marah geram. Baju berwarna
hitam coklat itu diletakkan kembali ke tempat asal. Mengada pulak orang tua
nih.
“Hehehhe” dia ketawa
berdekah apabila melihat reaksi Lanna. “Okey. malas dah aku nak layan hang.”
Lanna menjauh, pura-pura sebal.
Lelaki itu masih lagi
sedang menghabiskan sisa-sisa tawa sambil memilih baju.
“Ketawakan aku kan?
Okey malas nak layan.” bisik hati Lanna sambil. Lama menunggu matanya kembali
terkatup.
“Cik...”
“Cik!”
“Cik!!”
“Oppss!!! mak kau encik
labu! eh! letak mana? Apa kau encik nak mati!” Lanna melatah dengan kuat. Baru
saja melelapkan mata sudah diherdik. Sekali lagi lelaki itu ketawa
berdekah-dekah sambil menekan perut.
‘Kurang ajar punya customer
tua,” Marah Lanna dalam hati.
“Cik melatah ke? Apasal
teruk sangat? Nasib baik saya tak ada penyakit jantung. Keh keh keh.” ketawanya
masih lagi bersisa, dia menyesat mata. Mungkin sudah berair dek tawa.
Lanna buat muka bodoh.
“Okey okey tak nak
gelakkan awak dah. Saya pergi try baju ni dulu ya cik latah. Hihihi.”
lalu dia berlalu pergi sambil mentertawakan Lanna.
Lanna hanya mampu
menghantar pandangan sehingga lelaki itu memasuki perut fitting room.
“Menyesal aku layan
lelaki tua ni.” bentak Lanna di dalam hati.
“hai Lanna, hang buat
apa kat situ? Tak ada customer buat-buat rajin lipat lah sikit seluar
atas meja tu, dah berselerak dah kak tengok. Kak nak tulis stock untuk
besok nih. Nanti kang terlihat dek mak murai hang kan nyiaya kena sembuq, bukan
hang ja dengan aku aku sekali kena.” Kak Reena yang bertubuh pendek kecik molek
muncul entah dari mana tiba-tiba membebel.
“Alah Lanna mengantuk
lah kak, balik bilik nanti bukannya boleh tidur. Nak kena siapkan assisment
pulak.” runggut Lanna sambil membetulkan kedudukkan seluar yang agak
berselerak. Sambil matanya nak terkatub kembali.
“Emmm sedapnya kalau
dapat tidur.” Lanna mula merenget meminta simpati dari kak Reena, wanita
berusia 28 tahun itu. Walaupun usia agak tua namun wajahnya masih muda. Awek
muda gituww. Namun masih lagi belum bersuami. Dengan kata mudah anak dara tua..
Oppss jangan marah na..hihi.
Dalam rengetan yang
sengaja dibuat-buat dengan mata kuyu Lanna tidak menyedari lelaki tadi sudah
berada berdekatannya sambil memerhati
tanpa berkelip.
“kak nak balikk
tidurrr....” renget Lanna lagi dengan muka comelnya.
“Balik apa kemendenya
jam baru pukul 8 dik oiii..” marah Kak Reena sambil membelek-belek baju display,
mengira kalau-kalau ada yang tak cukup saiz, keesokkan hari staff shiff pagi
akan mengantikannya.
“Hai cik adik. Awal
lagi tak dah nak tidur.”
“alamak suara lelaki
tadi” cepat-cepat Lanna meluaskan biji mata sambil tersengih. Aduss mati aku
kena bahan lagi lah jawabnya.
“Saya tak cukup tidur,
nanti balik kerja bukannya boleh tidur, kena stay up lagi buat assisment.”
Lanna cuba membela diri.
“Aik.!” lelaki itu kebingungan
tahap cipan tua.
“Saya student lagi,
kerja sini buat part time je.”
“OOO..” kini mulut
lelaki itu muncung, sama macam tapir. Hihihihi jahat betul mulut kau Lanna.
Lanna mentertawakan mulutnya yang mengetuk lelaki itu. Macam tapir? Hahahha..
Huduh sangat.
“nama awak Lanna kan?”
lelaki itu memandang name tag yang terpin elok di bahagian bahu atas
dada Lanna. Fuhh! Nasib baik dadanya tak besar mana, kalau tak bukan name
tag nya yang menjadi sasaran tetapi buah epal miliknya yang menjadi
santapan di kala itu.
Lelaki itu menghulurkan
bisness kad miliknya. “Saya Hazri, senior CIMB management consutant,
kami menguruskan kewangan rakyat. Kalau awak berminat boleh kerja dengan saya.”
pelawa encik Hazri, yang tadinya digelar cipan dan tapir oleh Lanna. Lanna
melopong.
“Err saya nak sambung
master lagi.” jawab Lanna sambil menyambut huluran itu, nama dan gambar lelaki
itu ditatap di atas bisness kad tersebut. CWA, CIMB wealth advisor? Lanna masih
lagi blurrr.
Ok. Tak apa kalau cik
masih lagi blurr, kita boleh bincang lebih lanjut kemudian. Boleh bagi nombor
telefon cik?” Tanya Encik Hazri sambil menyelok poket dan mengeluarkan handphone
Blackberrynya dari saku seluar.
Bagai terkena kejutan
elektrik laju sahaja mulut lanna menyebut angka satu persatu sambil lelaki itu
tekun menekan keyboard telefonnya yang agak ketinggalan zaman itu.
“Okey baik. See you
then.” lalu lelaki itu pergi. Lanna masih algi terpaku terpacak di situ.
Dirinya bagaikan berada di awangan, terbang nun jauh di kayangan. Namun sekali
lagi angaunya dicantas oleh suara gemersik Kak Reena.
“Amboi baru je kena
mengorat dek laki tua dah jauh angannya.” usik Kak Reena sambil tersengeh.
“mana ada” Lanna mula
malu, terasa bahang di pipinya kala itu.
Xxxxxxx
You have 1 misscall
from 01347868268.
Terpampang satu mesej
dari telefon oppo LR1 milik Lanna, lalu dibaca. “aik.siapa yang call aku
agaknya ni?” Lanna kebinggungan, selama ini mana pernah dia mendapat mesej
seperti itu kalau bukan dari nombor kenalan dan keluarga.
Lalu dia mehantar mesej
kepada nombor tersebut.
Ni siapa?
Soalan yang agak kuno
lagi lapuk dek tradisi zaman berzaman apabila manusia yang bergelar human
cuba untuk merungkai milik siapakah nombor telefon yang tak dikenali oleh
mereka.
Saya encik Hazri.. balasnya sambil diakhiri dengan dua bentuk smilley
tersenyum malu di hujungnya.
Oh tapir rupanya.
Hihihi.. Tawa Lanna di dalam hati
Ok.
Tu je? Umm so macam
mana? Kerkenan tak nak join kami?
Entahlah encik
Hazri, saya fikir dulu. Sebab komitmen saya banyak.
Tak apa. Boleh buat
part time.
Yeke? Kalau macam tu banyak lah benda yang perlu saya
belajar?
Ya. Tapi saya dan
team akan tranining you. Jangan risau. Kami ada office di seberang jaya, kalau
awak free boleh lah datang.
Insya allah.
Okey. Baik. Urmmm
baru balik kerja kan? Encik
Hadri menoleh melihat jam di dinding, sudah menunjukan angka 12 malam.
Ya. Baru lepas
mandi.
Patutlah wangi
semacam.
Sekali lagi orang tua
itu bermain kata. Bijak sungguh.
Ya sememangnya. Balas
Lanna acuh tak acuh. Boleh tahan juga lelaki ni. Nampak muka dah bersusia
lingkungan 30-an. Dan nampak perutnya tadi agak buncit sedikit, mungkin sudah
beristeri. Telah Lanna dalam hati.
nanti boleh kita
jumpa, jangan risau semuanya perihal bisness.
In sha allah kalau
saya ada masa free. Lanna tak
berani untuk berjanji, dan itu adalah jawapan kelentong yang paling win.
Okey baik. See you
then. Okeylah mesti awak penat. Rehat sepuasnya. Oh lupa. Lepas siapakan
assisment jangan lupa tidur ya..
balasnya lembut. Mak aihh boleh cair taik telinga kalau bicaranya yang mengulit
cuping telinga, nasib baik ia adalah sebuah untaian kata-kata yang perlu
dibaca.
Baik bos. Lanna cuba untuk bergurau. Dan pangillan bos
adalah panggilan yang cukup sesuai untuk diri lelaki yang agak berusia, tampan
dan kelihatan berwibawa itu.
Ok good luck.
Encik hazri mengakhiri
mesej dengan ucapan semangat buat Lanna. Namun lanna mula menguap. Papan skrin
laptop TOSHIBAnya dibiarkan menyala. Baris-baris ayat di skrin mula kabur
kemudian berterabur kecil besar silih berganti. Lanna menguap lagi.
Encik Hazri membetulkan
duduk, kerusi sofa itu agak terasa keras. pinggulnya tiba-tiba bagaikan
ditumbuhi bisul. Duduk begitu salah, duduk begini pun salah. Betul-betul tidak
selesa.
“Papa!” Satu laungan
memanggil dirinya bergema. Lalu seorang kanak-kanak lelaki bersua lapan tahun
duduk bersila di sebelahnya.
“Kenapa Farish?” Tanya
Encik Hazri sambil mengelus rambut halus anaknya.
“nak makan epal.” pinta
kanak-kanak itu.
“Pergilah ambil
sendiri, papa malas.”
“Farish cari tak
jumpa.”
“Laa. Papa dah basuh
papa simpan dalm peti ais.”
“Tak apa lah, tak nak!”
“Pulak.”
Cit cit cit. Bunyi
seekor hamster.
“Comey comey...”
Panggil Farish sambil membelek-belek bantal penghias sofa.
“Tu kat bawah meja..”
Encik Hazri menatap skrin televesyen lalu remote dicapai. Tiada siaran
yang menarik perhatiannya. Semuanya ulangan. Bosan betul.
Farish masih lagi
mencari comey di bawah meja. Yeah! Jumpa. Lalu di bawa ke arah Encik Hazri.
Farish duduk bersila kembali di sisi encik Hazri. Hamster bernama comey di
usap-usap. Sambil mulutnya membebel. Antara dia dan comey saja yang mengerti
maksudnya.
“Mak dah tidur farish?”
Tanya Encik hadri secara tiba-tiba.
“Dah papa. Mak penat
hari ni.”
“Tak apalah. Mak tak
sihat.” Puas mencari siaran yang menarik, Encik Hazri mematikan televesyen
sambil menguap. “Jom masuk tidur farish, hari dah lewat. Besok sekolah.
Pagi-pagi lagi papa kena hantar kamu.”
“Baik. Papa. Tapi
Farish bawa comey sekali ya.”
“Urm. Ikut suka hati
farish lah. Asalkan tak lenyek si comey tu besok kena tindih dek kamu. Kamu
tidur tidur macam apa ntah..”
“Tak. Farish tidur
elok-elok.”
Encik Hazri menghantar
anaknya ke bilik tidur, kemudian lampu dipadamkan.
Xxxxxx
Dah balik kerja?
Jumpa saya dekat Oldtown White Coffee. Saya tunggu kamu. Terkejut beruk Lanna bila membaca mesej dari
Encik Hazri. Mimpi apa orang tua ni, tiba-tiba nak jumpa. Rindu lah tu. Lanna
tersenyum kambing sambil melangkah menuju ke tempat yang dijanjikan.
kat mana tu??
Lagi mesej dari orang
tua itu.
Orang tengah jalan
lah ni. Kejaplah. Orang sakit kaki. Balas Lanna.
Lambat macam orang
tua. Balas Encik Hazri.
Amboi ikut sedap mulut
dia je cakap kita tua. Bentak hati Lanna.
Sabarlah.
Jalan macam mak
nenek tak pun siput sedut. Hihihi. Tambah dia lagi, sengaja nak menaikkan darah Lanna. Nasib baik Lanna
sudah mula suka pada lelaki tua itu. Apa nak cakap pun cakap lah labu, sedikit
pun tak terkesan. Chewahh tu lah penangan cinta..
Dari jauh Lanna dapat
melihat senyuman di bibir lelaki itu, sebenarnya dia baru saja berusia 35tahun.
Ada sehelai dua uban di kepala namun hensemnya alahai memikat senyumnya mak
oiii manja dan manis. Tak kira anak dara, janda, bini orang pun sanggup
tinggalkan laki demi lelaki di hadapan lanna itu.
“Hai!!” Lanna menyapa lalu melabuhkan pinggul di
kerusi berhadapan dengan encik Hazri.
“Hai!! Mak cik. Garaunya disengajakan untuk menyakat Lanna.
“Nah! Oderlah” Encik Hazri menghulurkan menu kepda Lanna.
Lanna memilih untuk minum hot coffe Latte. “bos... Boleh saya tanya something?
Tanya lanna setelah pesanan selesai ditempah.
“Tanya lah sejak bila
pulak nak tanya pandai mintak kebenaran?”
“Hal ni mungkin lebih
peribadi.”
“Okey. Tak kisah,
teruskan.”
“Kenapa bos layan saya
dengan baik? Kadang-kadang saya rasa lain macam...”
“Lain macam macam
mana?” Tanya Encik Hadsri setelah menghirup tea miliknya.
“Urmmm lain lah. Macam
urmm romantik sweet gitu. Macam hari ni dan selalunya encik hazri akan
tunggu saya balik kerja, bawa saya pergi lunch ,dinner kat tempat best-best.”
“Ouhhh.”
“Saya rasa macam ada meaning.
Betul ker?”
“Tak adalah.”
“Habis tu? Kenapa bos
layan saya macam ni? Kata-kata bos, bicara bos yang lembut, mesej bos yang
romatik selalu buat hati saya berdebar.” Terlalu jujur pengakuan Lanna. Nak
tersembur air tea yang dihirup encik Hazriri. Dia berdehem beberapa kali.
Lanna memandang
wajahnya tanpa berkelip. Encik hazri makin tak tenteram.
“Jawablah bos.” Kini
mata mereka bertaut.
“Tapiii....”
“Tapi apa? Bos dah ada wife
kan? Tapi saya suka bos..” giler kau Lanna, laju je ayat ni keluar dari mulut
kau, kena santau gamaknya. Kutuk hatinya sendiri.. Ahhh lantaklah asalkan aku
dapat meluahkan segala andaian dan perasaan aku selama ni. Mesti lah aku jatuh
cinta pada dia, banyak benda yang dia dah buat pada aku. Caring, kalau
makan dia akan cubitkan ayam buat aku, asingkan isi dari tulang, kata-kata
rindu dia pada aku, kata-kata semangat, perhatian dan segalanya aku rasa macam
dia ada hati pada aku. Salah ke kalau aku nak meluahkan perasaan aku. Salah ke?
Tak kan?
“Waktu magrib dah lewat
ni, kita pergi solat dulu. Lepas tu saya hantar awak balik. Cepat habiskan
coffe awak.”
Lanna mengeluh. Hampa.
Kata-kata Lanna
berligar di dalam kepala otak encik Hazri, di akhir solatnya dia bermunajat
doa. Ikhlas. Namun ada sesuatu yang menghalang. Antara dia dengan Lanna tak
mungkin bersatu. Tak mungkin. Dalam masa yang sama, Lanna sudah mula menyimpan
harapan. Agar cintanya bersambut.
Xxxxxxxx
“Papa!
“Ya.”
“Papa sayangkan Farish
tak?”
“Mestilah papa sayang.”
Encik Hazri mengimbau
kembali kenangan dia bersama Farish semasa beriadah di gigi pantai bersama
suatu ketika dahulu.
“Papa sayangkan mak
farish?”
“Mestilah papa sayang.
Papa sayang mak dengan Farish seluas laut ni.”
“Kalau macam tu papa
jangan cari perempuan lain taw. Farish tak nak mak lain.” ucap mulut mungil
milik Farish Haikal, kanak-kanak lelaki yang cukup lincah.
Encik Hazri mengeluh.
Xxxxxxxxxx
“Mazeni!!!” Lanna
melaung memanggil sahabat karibnya yang asyik membaca majalah. Lanna melabuhkan
pinggulnya di sisi Mazeni.
“Ya. Kenapa?”
“Tadi, aku dah luahkan
perasaan yang aku pendam selama ni pada encik Hazri.”
“Jadi macama mana?”
Mazeni mula teruja, majalah mangga yang ditatap dibuang ketepi. Kini dia
menatap wajah mulus gebu milik Lanna.
“Dia tak bagi jawapan.
Aku pelik lah dengan dia. Kadang-kadang aku nampak dia sayang aku.
Kadang-kadang dia sembunyikan sayang dia pada aku dengan menafikan kata-kata
aku. Tapi kenapa aku still nampak yang dia sayang aku. Jantung aku ni
tiap kali jumpa dia mesti berdebar-debar lain macam.”
“Mungkin dia ada wife
kot.”
“Maybe. Sebab
aku tengok perut dia buncit je.”
“Cuba kau tanya dia
lagi.”
“Aku tak sampai hati
nak tanya, aku nak dia mengaku sendiri. Kalau betul dia ada wife kenapa
dia nak caring pasal aku. Jaga kau setiap saat?”
“Alah!!!lelaki memang
macam tu Lanna. Kalau ada bini, makin gatal, makin tua makin miang. Kau jangan
buat-buat main dengan laki orang Lanna. Aku tak setuju.” Mazeni mula marah,
jika benar lelaki tua itu sudah beristeri dia tidak akan membenarkan Lanna
bercinta dengannya.
“Kenapa hati aku tetap
kata dia tak ada wife, dia single?”
“Tu mainan perasaan kau saja lanna. Selagi dia
tak mengaku perasaan kau tu tak boleh kira!” Bental mazeni keras, geram pulak
hatinya dengan sikap Lannaini, mudah jatuh cinta tanpa asal periksa. Kalau laki
orang kang tak pasal-pasal menangis tak berlagu.
“Umm entah lah
kadang-kadangaku rasa give up dah menanti jawapan dari dia”
Xxxxxxxx
“Hellow. Encik hazri,
saya doktor Masitah.” Sapa seorang wanita dihujung talian.
“Ya saya. Ada apa ya
doktor?” jawab encik Hasri dengan perasaan yang bercampur baur.
“Maafkan saya
menggangu. Saya dari pihak hospital Pantai Bayan Lepas. Kami ada menerima
seorang pesakit bernama Salmiah, beliau mewariskan nama encik sebagai waris.
Beliau ada di hospital sekarang.”
“Apa! Ya Allahhh!!!”
“Bertenang encik,
pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi. Sekarang pesakit telah kami
pindahkan ke wad. Boleh datang ke hospital? encik perlu tandatangani rekod
pendaftaran pesakit”
“Okey okey saya datang
sekarang. Terima kasih doc.” lalu talian diputuskan, encik Hazri segera
meencapai kunci kereta Hummer H2 miliknya.
Xxxxxxxxx
“Hazri..” panggil
wanita itu, keadaannya masih lagi lemah tak bermaya.
“Ya. Alhamdulillah. Dah
sedar. Lega saya.” Encik Hazri tersedar ari lena, terus memegang jemari wanita
itu.
“Tak mengapa, rasa dah
okey dah sekarang.”
“Alhamdullilah. Tadi
pengsan dekat rumah, nasib baik Mak Jah pergi jenguk ke rumah, Farish tak balik
sekolah lagi. Saya overtime hari ini. Maafkan saya.”
“Tak mnegapa. Tapi
sakit ni mungkin tak kan sembuh lagi.”
“Mak!!!” Farish berlari
laju dan memeluk emaknya. “Farish sayang mak. Mak jangan tinggalkan Farish,
mak. Nanti Farish dah tak ada siapa-siapa”
“Maafkan mak Farish.
Kalau mak pergi, papa mesti kena cari penganti mak, cari isteri lain untuk
ganti tempat mak. Dah lama mak hajatkan begitu. Tapi papa kamu tak mahu. Mak
tak nak tengok kamu dan papa kesunyian. Mak sakit, mak tak dapat nak jaga kamu
dan papa lagi. Makan pakai kamu semua.” ucap wanita itu perlahan, air mata mula
bergenang.
“Farish tak nak mak
lain!” Farish juga mula menangis. Encik hazri hanya mampu memerhati, tak
sanggup untuk mencelah. Dada semakin sebak.
“Jangan begitu Farish,
papa dan kamu kena ada peneman, yang boleh jaga makan pakai kamu bila mak tak
ada nanti.” Ucap wanita yang dikenali sebagai Salmiah itu, dia rela jika Hazri
mahu bernikah lagi. Dia tidak akan menghalang, malah merestui.
Encik hadsri diam
terkaku. Fikirannya mula terkenangkan Lanna, gadis sunti yang masih muda dan
cantik. Dia dengan Lanna tidak sesuai. Lanna terlalu muda buatnya.
“Farish. Mak tahu papa
kamu ada buah hati. Dari raut wajahnya mak dapat kesan ada cinta dalam hati
papa kamu. Tapi papa kamu tak bagitahu mak. Tak perlulah fikiran tentang mak
lagi. Farish bagi papa kahwin lain ya..” Ucap Salmiah dalam sendu, air matanya
mengalir lesu.
Farish mula menangis
tersedu. “baik mak.”
“Macam tu lah, anak mak
mesti dengar kata mak. Mak bersyukur ada kamu Farish. Jaga kamu dari kecil.”
Rerambut Farish diusap penuh kasih sayang.
Mak restu.” Ucap wanita
itu tika pandangannya bertemu dengan anak mata Hazri. Lelaki yang telah banyak
mengorbankan jiwa raga untuknya.
“Ya Allah terima
kasih.” Encik Hadri menangis, lalu mencium tangan wanita itu. Kini di dalam
bayangan mindanya hanya ada Lanna. Hanya Lanna.
XXXXX
“Aku terima nikahnya
Nur Lanna Sara binti abdul rahman dengan mas kahwin 200 ringgit tunai....”
“Sah!” ucap Si Kadi
setelah tangannya digoncong kuat.
“Sah! Sah!” Disambut
oleh para saksi sambil menganggukkan kepala antara satu sama lain.
Xxxx
Deruan ombak menghempas
pantai, titisan air gemercik ke wajah Lanna. Lama dia menatap langit yang
semakin hilang cahaya. Mentari jua semakin menghilang di sebalik awam. Langit
mula menguning. jauh di kaki langit kapal nelayan beredar meningalkan perut
laut dan semakin menghampiri daratan. Lanna mencuit seekor anak ketam kecil
yang merayap di celahan batu, kemudian jatuh ke dalam dasar apabila ombak ganas
menghempas. Tudung Lanna basah dek percikan ombak.
Encik Hazri hanya
memerhati. Farish di gigi pantai sedang mengutip cengkerang, riang bersama
adiknya perempuannya yang kini berusia tiga tahun.
“Farish!! tengok ni
mama dapat ketam!” Lanna melayangkan seekor ketam yang agak besar.
Farish dan Esya berlari
anak sambil ketawa riang.
“Farish nak mama!
pegang mama, jangan sampai terlepas.”
“Yea mama pegang.”
“Ayang... Farish..
Eysa.. Sudah-sudahlah tu.. Hari dah nak gelap ni.” Encik Hasri yang memerhati
dari bawah pokok memanggil isteri dan anak-anak.
“Jom sayang. Papa
panggil tu... Kejap lagi kita bertiga kena bebel.” Lanna memimpin tangan Esya,
Farish memasukkan ketam ke dalam botol berisi air laut.
“Kejap papa. Farish nak
masukkan ketam dalam bekas. Farish nak pelihara ketam mama tangkap ni.”
“Ayang... Cepatlah.
Papa dah kemas makanan. Cuma tunggu ayang tukar baju ayang dengan Esya je ni.
Baju tu dah basah.” bebel Encik Hazri, lelaki yang cukup disayangi Lanna. Lanna
menghampiri suaminya.
“Ya. Ayang pergilah
ni.”
“Nah! Hazri
menghulurkan ‘sotong’ isterinya. Lanna terkejut. “Papa!!!” Lanna mencubit
lengan suaminya. Kulit pipinya memerah. Malu tak terkata.
xxxxxxxxxxxxx
Mak.. terima kasih
merestui anakmu ini untuk menikahi wanita ini. Sesunguhnya saya amat bahagia.
Tenanglah mak di sana. Saya akan bawa dia bertemu emak di syurga nanti. Terima
kasih mak.
Terima kasih isteriku
kerana menerima abang dan farish dalam hidupmu.
Betullah pepatah orang tua, ‘kalau dah jodoh
tak ke mana’
|
Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT
yes
Delete