PENDAHULUAN
Dunia sastera semakin
mendapat tempat di hati khalayak umum masa kini. Peminat sastera semakin meluas
bermula daripada khalayak kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Sastera
menjadi salah satu pilihan dalam kehidupan mereka. Perkara yang boleh
dibanggakan lagi ialah bidang kesusasteraan turut dijadikan bidang kerjaya yang
dipandang dengan serius. Sastera ini juga mempunyai banyak cabang dan
pecahannya yang tersendiri. Malahan, salah satu daripada genre sastera yang
semakin mendapat perhatian ialah sastera remaja. Sastera remaja didefinisikan
sebagai karya sastera untuk bacaan para remaja dari lingkungan 13 tahun
sehingga 21 tahun. Di barat, sastera remaja turut dikenali sebagai young adult literature.
Disamping itu,
kesusastera kanak-kanak juga semakin mendapat tempat dalam kalangan
kanak-kanak. Kesusasteran kanak-kanak ini muncul daripada kisah folklore
contohnya kisah yang telah dikumpulkan iaitu Aesop’s Fables dan diterbitkan pada tahun 1484. Pada awal abad
ke-17 seorang lelaki yang terkenal dalam bidang pendidikan iaitu John Locke
mencetuskan revolusi dalam pendidikan kanak-kanak dengan menyebarkan ideologi
dan memadamkan perspektif masyarakat terhadap kanak-kanak sehingga masyarakat
berfikir tentang kanak-kanak. Namun, persoalannya disini ialah apakah yang
membezakan diantara kesusasteraan kanak-kanak dengan kesusastera remaja ini?
DEFINISI
DAN KONSEP SASTERA REMAJA DAN KANAK-KANAK.
Bagi menjelaskan dan mendefinisikan apa
itu kesusasteraan kanak-kanak memerlukan penelitian yang teliti. Kesusasteraan
kanak-kanak menjadi sesuatu istilah yang amat subjektif kerana banyak pandangan daripada pengkaji
tentang bahan sastera ini. Salah satunya
ialah kesusasteraan kanak-kanak ini telah ditambah dengan nilai yang ‘baik’
bagi memisahkannya dengan sastera yang lain. Malahan, perkataan sastera itu
sendiri mempunyai penilaian dan penelitian kualiti. Nilai ini atau kualiti
tinggi ini berhubungan dengan standard kesusasteraan, idea-idea yang mendalam
dan plot dan watak yang sentiasa diingati. Oleh itu, standard yang tinggi
bergantung kepada kualiti yang tinggi. Kesusasteraan
kanak-kanak juga merujuk kepada konsep yang sangat abstrak dan sarat dengan
nilai dan tangapan yang bernilai. Menurut
Perry Nodelman (1992),
“children
literature is not just literature written with children in mind, non is not
just literature that happens to be read by children it is a genre, a special
kind of literature with its own distinguishing characteristics.”
Hal ini bermakna, kesusasteraan kanak-kanak
ditulis khas untuk kanak-kanak dan lazimnya dibaca oleh kanak-kanak dan
mempunyai ciri-ciri tertentu yang akan membezakannya dengan kesusasteraan lain.
Sesebuah karya sastera kanak-kanak yang baik
menepati ciri-ciri tertentu iaitu:
1.
Pengalaman
penulis dewasa yang menulis berkenaan perspektif dan pemikiran kanak-kanak berdasarkan perkembangan
psikologi kanak-kanak. Dengan kata lain, penulis dewasa akan mengarang karya
mengikut pekembangan kanak-kanak dari pelbagai sudut. Contohnya, karya Umi Ena
( Rozninah Abd Azib) yang bertajuk Natasha
Mahu Cantik. Novel ini berkisahkan tentang seorang kanak-kanak yang
bercita-cita untuk kelihatan lebih cantik berbanding adiknya. Novel ini digarap
bersesuaian dengan pemikiran dan psikologi seorang kanak-kanak perempuan
walaupun Umi Ena sudah berusia dalam lingkungan 40-an. Umi Ena berjaya menjiwai
dan meneroka dunia kanak-kanak dan dilakar menjadi kisah didalam novel ini dengan
penuh berisi nilai-nilai moral dan kemanusiaan.
2.
Plot
yang mudah. Perjalanan dan perkembangan plot amat mudah dan tidak terlalu
kompleks dengan pelbagai konflik yang sulit. Ia bertujuan untuk tidak menganggu
emosi dan tumpuan kanak-kanak.
3.
Tertumpu
kepada adegan aksi. Sebuah karya kanak-kanak lebih tertumpu kepada adegan aksi
dimana setiap aksi akan menonjolkan kehebatan wira wati yang akhirnya akan
menemui kejayaan atau kemenangan dalam setiap cabaran dan halangan. Malahan, ia
bertujuan untuk menimbulkan rasa optimis dan keseronokan bagi kanak-kanak dan membentuk
mereka supaya lebih cergas dan aktif.
4.
Watak
yang ditonjolkan adalah watak
kanak-kanak atau menyerupai kanak-kanak. Watak yang ditonjolkan dalam
sesebuah karya adalah watak kanak-kanak itu sendiri agar pembaca sasaran iaitu
kanak-kanak dapat menjiwai dan turut merasai apa jua perkara yang berlaku
terhadap watak dalam cerita. Kadang-kadang mereka dapat menganggap bahawa watak
itu adalah diri mereka sendiri.
5.
Menjurus
kepada campuran antara elemen fantasi dengan realiti. Sesebuah novel
kanak-kanak juga turut dimuatkan unsur fantasi yang tidak dijangkau oleh
pancaindera( tidak diketahui oleh kanak-kanak) dan unsur realiti bagi menjana
minda yang cerdas, membentuk daya kreativiti dan imaginasi serta memberikan
input yang baru kepada kanak-kanak contohnya dunia kayangan, alam semesta, alam
lautan dan sebagainya.
Perkara yang paling
dipentingkan dalam sesebuah karya sastera kanak-kanak ialah mesej yang ingin
disampaikan mestilah mempunyai unsur pengajaran. Buktinya menurut Nodelman
(1996), ciri-ciri tersebut mestilah mempunyai unsur didaktik dan menyeronokan
pembaca khususnya golongan kanak-kanak. Unsur didaktik ini ialah unsur yang
mempunyai mesej yang mampu membentuk dan mendidik golongan kanak-kanak dalam
soal nilai kemanusiaan, moral, nasionalisme dan sebagainya.
Kesusasteraan remaja
pula didefinisikan sebagai sebuah karya yang mampu memenuhi keinginan remaja
yang tidak tercapai. Buktinya, merujuk kepada pandangan sarjana iaitu Othman
Puteh, sastera remaja pula adalah sebuah karya sastera yang berfungsi sebagai
alat mengisi sebahagian daripada tuntutan keperluan remaja terutama dari segi
pengisian minda, pembentukan sahsiah, kerohanian dan pemantapan psikologi. Disamping
itu, karya itu mesti mempunyai maklumat terbaru, berilmu, unsur intelektual,
dan mampu menyerlahkan kecerdasan
remaja. Dari segi konsep, sastera remaja adalah bahan bacaan kreatif yang
relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja. Sebuah karya
remaja ini dianggap berkualiti apabila menepati ciri-ciri berikut.
1.
Mesej
yang bersifat informative, mendidik, berupaya membina watak, memperkaya
pengalaman dan pengetahuan remaja serta membangkitkan daya cipta,
menitikberatkan perihal nilai-nilai murni, nilai kemanusiaan dan nasionalisme
dan sebagainya.
2.
Dari
segi watak yang menampilkan watak tauladan, tidak mustahil dan ideal, kreatif,
bercitra jujur, setia, gigih dan lasak/aktif, dan berfikiran rasional dan
matang dalam melakukan tindakan atau membuat keputusan.
Sesebuah karya sastera remaja perlu
mengandungi teks dan konteks yang bersesuaian dengan ciri-ciri psikologi remaja
iaitu menerapkan peristiwa seperti berikut:
a)
Mengunakan
situasi ketidaktenangan atau kegelisahan yang mendominasikan pemikiran dan
emosi remaja contohnya seseorang remaja yang mempunyai pelbagai keinginan dan
impian tetapi tidak dapat dicapai/dilaksanakan. Kegagalan itu menyebabkan
mereka gelisah dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian agar keinginan itu
dapat dicapai.
b)
Memainkan
naluri remaja yang suka melakukan sesuatu percubaan untuk menambah pengalaman
berkaitan sesuatu yang baru atau sering dilakukan oleh orang dewasa tidak kira
perkara tersebut baik atau buruk.
c)
Wujud
keinginan untuk meneroka alam sekitar yang lebih luas, mencabar dan menyelidiki
persekitaran contohnya keluar mengembara bagi tujuan tertentu.
d)
Melakukan
kegiatan secara berkelompok. Kegiatan berkelompok ini bermaksud remaja lebih
suka bersosial bersama rakan sebaya dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Menurut Othman Puteh,
sesebuah karya sastera remaja yang tidak bermutu adalah berselera rendah,
menghairahkan, tanpa mesej, terlalu komersial, perilaku watak terdorong oleh
gesaan nafsu, emosi yang tidak rasional dan bukannya berfikiran jernih.
Menurutnya lagi, karya yang bermutu adalah sebuah karya yang mampu mengangkat
pengarang dan teks di tahap yang bermaruah dan wajar. Malahan, sastera remaja
yang berkualiti juga adalah sebuah karya yang mengungkapkan permasalahan remaja
seperti krisis identiti bukannya hanya tertumpu pada soal cinta semata-mata.
Menurut Jakob Sumarjo
dalam bukunya yang bertajuk Novel Popular
Indonesia (1982:63) membuat pergolongan berdasarkan sasaran pembaca dengan
mengkategorikan novel remaja sebagai novel popular. Sastera popular ini
dikatakan teks dan konteksnya hanya tertumpu kepada kisah yang berligar sekitar
percintaan remaja, perkenalan mereka, dan konflik antara mereka semata-mata.
Contohnya, kisah yang berlaku terhadap watak yang masih dibangku sekolah atau
ijazah sarjana yang bertemakan kisah percintaan antara pelajar. Kini, novel
remaja popular ini semakin hangat di pasaran dan menjadi bualan para remaja
antaranya Suami Aku Ustaz, Alahai Mat
Skema, I Love You Mr Arrogant dan sebagainya. Sastera remaja pula yang
tinggi kualitinya dan menepati ciri-ciri yang telah dijelaskan di atas.
Contohnya, Hikayat Faridah Hanum, Salina,
Melor di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Sebelum menghurai lebih
lanjut tentang perbezaan antara kedua-dua genre sastera ini, lebih elok
perbincangan ini mengupas tentang psikologi kanak-kanak dan remaja terlebih dahulu
yang turut mempengaruhi teks dan konteks dalam genre-genre tersebut.
PSIKOLOGI KANAK-KANAK.
Setiap bayi yang dilahirkan akan
mengalami perkembangan. Perkembangan secara umum didefinisikan sebagai aspek
perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah mengikut peredaran masa.
Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi
perkembangan itu sendiri, salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah dan Joy N.
Samuel dalam buku Perkembangan
Kanak-kanak yang mengatakan perkembangan adalah perubahan kualitatif yang
tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang
berlainan dari sifat yang lebih awal. Berbanding Santoock (2008), perkembangan
dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan
sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga akhir
hayat. Kesimpulannya, perkembangan dapat diklasifikasikan sebagai satu
perubahan yang bersifat kuanlitatif, tersusun, bertahap, dan berterusan pada
diri manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organism
hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan
aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial.
Sebagai contoh,
seseorang kanak-kanak akan mula mengenal objek, mengenal huruf, mengaitkan
huruf dengan objek, mengenal perkataaan dan mengaitkannya dengan objek.
Justeru, perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan
melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu. Kematangan pula merujuk kepada
perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetic. Ia biasanya dipengaruhi oleh
baka dan persekitaran. Oleh itu, perkembangan adalah hasil daripada kematangan
dan pembelajaran. Perkembangan kognitif mengupas isu kemahiran yang merangkumi
kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis.
Menurut Siti Hawa Murji dan Ma’rof Redwan dalam buku Pengantar Psikologi pula, perkembangan kognitif dikatakan sebagai
perkembangan fikiran dan intelek manusia. Selain itu, perkembangan kognitif
kanak-kanak dalam carian laman web http://www.anakku.my/artikel
menyifatkan perkembangan kognitif sebagai proses peningkatann keupayaan
pemikiran, pengetahuan, dan intelektual kanak-kanak. Kanak-kanak digolongan
sebagai individu yang berumur sejak lahir hingga mencapai umur 12 tahun.
PSIKOLOGI
REMAJA.
Mengikut
undang-undang negara Malaysia, remaja ialah individu yang berumur dalam
lingkungan 14 hingga 21 tahun. Pengukuran ini dibuat berdasarkan tahap-tahap
perkembangan seperti berikut.
1. Biologi
iaitu perkembangan fizikal, mengikut jantina, mental
2. Sosioekonomi
iaitu kemampuan untuk berdikari tanpa bergantung kepada ibubapa dari segi
sosial, kewangan dan kemampuan untuk berfikir.
3. Psikologi
iaitu perkembangan sikap, emosi, minat, cita-cita dan sahsiah diri, sosial dan
juga moral.
4. Umur
iaitu perkembangan umur diantara 14 tahun hingga 21 tahun. Dengan kata lain
waktu peralihan diantara kanak-kanak dengan dewasa. Buktinya, mengikut Arthur
T. Jersild, Judith S.B Rook, David W. Brook (1978:5) remaja adalah golongan
yang berumur dalam lingkungan peralihan antara zaman kanak-kanak dan dewasa
iaitu diantara 11 hingga 21 tahun. Malahan, menurut negara Indonesia: Kajian yang
dibuat oleh Dr Kartini Kartono (1987:9) remaja adalah dalam lingkungan berumur
antara 13 hingga 20 tahun bagi lelaki dan 13 hingga 21 tahun bagi golongan
perempuan.
Pemikiran pada usia remaja mula berubah dengan
cepat. Pada zaman ini, remaja banyak menyelesaikan masalah mengikut cara yang
berbentuk logic dan bukan berdasarkan fakta semata-mata. Apabila remaja
menaakul secara abstrak mereka sangat berbangga apabila mampu menyelesaikan
masalah. Sikap ini menyebabkan remaja terlalu idealistic dan kurang menghargai
batasan logic (Piaget, 1967).
PERBEZAAN
DIANTARA KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DENGAN REMAJA.
Perbezaan kusasteraan kanak-kanak dengan
kesusasteraan remaja dapat diruju dengan teliti melalui jadual berikut:
Perbezaaan
|
Kesusasteraan kanak-kanak
|
Kesusasteraan remaja
|
|
Ciri-ciri
|
Bahasa
|
Mudah dan senang difahami
|
Bahasa lebih tinggi dan moden
|
Jumlah perkataan
|
Jumlah perkataan terhad dan denotatif
|
Keseluruhan adalah teks
|
|
watak
|
Kanak-kanak sebagai watak utama atau
menyerupai kanak-kanak(binatang/tumbuhan) yang mempunyai sifat kanak-kanak.
|
Watak pelbagai dan abstrak
|
|
Plot
|
Plot mudah dan berfokus kepada aksi
dalam pengembaraan contoh kuasa baik lawan kuasa jahat
|
Plot lebih komplek dengan unsur-unsur
konflik,
|
|
Persembahan
|
Mempunyai ilustrasi grafik
|
Tidak mempunyai grafik
|
|
|
Realiti, imaginasi dan fantasi
|
Realiti dan logic akal
|
|
Konteks
|
Memaparkan nilai-nilai kemanusian,
budaya, nilai moral, didaktik dan pendidikan.
|
Memaparkan budaya global, kritikan
moral, konflik sosial, politik dan ekonomi
|
|
Nilai
|
1.
Personal
Menyeronokan
Motivasi
Nilai moral
2.
Akademik
Meningkatkan tahap membaca
Menulis
Apreasasi seni
|
Mendidik dan motivasi
Membentuk jati diri/sahsiah
Memberi maklumat baru
|
Berdasarkan jadual di
atas, terdapat perbezaan yang ketara
antara kesusasteraan kanak-kanak dan remaja. Jika diukur dari sudut bahasa.
Kesusasteraan kanak-kanak mengandungi pembendaharaan kata yang terhad dan
jumlah halaman yang sedikit berbanding novel remaja. Contohnya, novel
kanak-kanak karya Ismail Restu yang bertajuk Anak-anak Bertuah berhalaman 196 muka surat sahaja berbanding novel remaja yang bertajuk Takdir itu Milik Aku karya Siti Rosmizah
yang berhalaman sebanyak 500 muka surat. Bahasanya juga mudah difahami, tepat
dan tidak terlalu berlapis-lapis atau berkias. Contohnya, kisah Siapa lebih Bijak dalam novel Himpunan 366 Cerita Rakyat m/s 1:
“Pada
zaman dahulu ada seorang pengembara bernama Mat Lawi. Pada suatu hari, dia tiba
di kampung Manggis. Di kampung itu ada dua pemuda nakal yang bernama Hassan dan Husin. Mereka berkawan baik”.
Pembendaharaan kata bagi novel remaja
pula lebih bersifat kompleks dan ada kalanya mengikut bahasa remaja atau bahasa
slanga dan bahasa rojak. Contohnya dalam novel Pelangi Senja karya Beruka Makino:
“Helo Adriana here, malam ni tak jadi keluar makan. Aku dah beli makanan kat
kafe. Ok bye!” kemudian tanpa
menunggu balasan kata, dia meletakan talian.
Manakala dari segi watak dan perwatakan,
kesusasteraan kanak-kanak terutaman novel kanak-kanak mempersembahkan watak
kanak-kanak sebagai watak utama. Contohnya dalam novel Aisya Budak Hostel karya Siti Shahirah dan Kawan Baru Hanani karya Nisha Harun memaparkan watak kanak-kanak
perempuan dalam menghadapi kehidupan mereka. Malahan, terdapat juga watak bukan
manusia yang mempunyai perangai, perwatakan, pemikiran, tingkahlaku seperti
kanak-kanak contohnya kisah anak ayam dalam keluarga itik dalam novel Funny Frank karya Dick King Smith. Karya
yang memaparkan zaman kanak-kanak ini berjaya menarik minat dan emosi
kanak-kanak dengan memberikan keseronokan, inpirasi dan juga motivasi kepada
mereka. Malahan, kanak-kanak turut dapat menjiwai watak, terasa serasi dengan
watak dan kadangkala merasakan watak tersebut adalah dirinya sendiri.
Namun, novel remaja
pula banyak memaparkan watak, latar tempat dan latar masyarakat yang real dan logik.
Malahan watak protagonis dan watak utama dalam karya itu adalah golongan
remaja. Novel remaja ini mengisahkan tentang dunia realiti, kehidupan remaja
yang mengalami konflik dalam perhubungan antara kekasih, konflik kekeluargaan
dan masyarakat sekeliling. Contohnya, novel bertajuk Kampung Girl karya Umi Kalsom memaparkan kisah pergolakan dua jiwa antara
Asraf dan Ainnur yang terpaksa berkahwin kerana didesak oleh kedua ibubapa
mereka. Kisah ini berkisar di kawasan nyata iaitu kawasan kampung, Kuala Lumpur
dan Pulau Pinang.
Dari segi penyusunan
plot, novel kanak-kanak mengunakan plot yang mudah dan tidak kompleks.
Kisah-kisahnya banyak berkisar tentang pengembaraan yang banyak unsur
kebetulan, magik dan juga berfokus kepada pelbagai aksi yang mendebarkan dan
menerujakan pembaca. Biasanya watak baik akan berjaya menewaskan watak jahat
dalam setiap konflik. Maka, wujudnya perasaan optimis dalam kalangan
kanak-kanak bahawa setiap perkara yang baik pasti akan menewaskan keburukan dan
keburukan/kejahatan akan mendapat balasan yang setimpal atas kelakuan mereka.
Pengakhiran cerita berakhir dengan kisah gembira (happy ending). Contohnya, novel bertajuk Cendrakasih karya Maria Kajiwa yang memaparkan kisah budak lelaki
bernama Aizat yang mengembara ke atas awan untuk menyelamatkan Negeri Cendrasakti
dengan menaiki seekor burung cendrawasih yang bernama kasih. Semasa
pengembaraan, berlaku pelbagai aksi dan magik sehingga Aizat dan Kasih
terperangkap dalam peperangan dan terpaksa bertarung dengan belalang jahat.
Akhirnya, Negeri cendrasakti dapat diselamatkan dan Aizat pulang semula ke
rumahnya di bumi. Unsur fantasi iaitu alam di atas awan itu menimbulkan
imaginasi kepada golongan kanak-kanak dalam memenuhi kehendak mereka yang ingin
tahu dalam banyak perkara. Imaginasi juga melatih mereka untuk berfikir dalam
membentuk pemikiran yang luas dan kreatif.
Novel remaja pula,
plotnya lebih pelbagai dan kompleks. Dari segi teknik penceritaan, novel remaja
banyak memasukan unsur imbas kembali, imbas muka, pemerian, monolog dan
sebagainya. Perjalananan ceritanya juga tidak mengikut teknik konvesional
seperti novel kanak-kanak seperti pemulaan cerita, klimaks dan peleraian. Hal
ini demikian kerana, cerita novel remaja kadang kala dimulakan dengan kisah
peleraian kemudian permulaan dan konflik kemudian berakhir dengan peleraian.
Seperti gambarajah dibawah:
Plot
konvesional
|
Plot
moden*
|
Permulaan perleraian
|
(imbas ( pemerian)
kembali)
Peleraian
(imbas
muka) *dan lain-lain
|
Contohnya dalam novel Aduhai Mat Skema karya Levis Delisya.
Plotnya lebih kompleks dimana cerita dimulakan dengan kisah Nur Hanna semasa
belajar di sekolah dan mula membenci rakan sekelasnya yang agak skema iaitu
Faris. Setelah tamat pengajian mereka memasuki dunia pekerjaan dan bertemu
kembali berlakulah teknik imbas kembali dimana jalan cerita mula mengisahkan
kembali semasa mereka di bangku sekolah. Oleh itu, plot kembali kepada pemulaan
dan berkembang kepada klimaks dan berakhir dengan peleraian.
Akhir sekali, dari segi
mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam novel kanak-kanak lebih
kepada unsur didaktik dimana pengarang menerapkan pelbagai nilai-nilai
kemanusiaan, moral dan sebagainya untuk membentuk jati diri kanak-kanak kearah
lebih berkualiti dan berguna kepada bangsa dan negara kelak. Contohnya, dalam
novel karya A.Samad Said yang bertajuk Antara
Kabus ke Kabus memaparkan kisah perjuangan seorang kanak-kanak lelaki yang
bernama Fauzi semasa pendudukan Jepun. Fauzi berusaha menyelamatkan guru agamanya
Ustaz Halim yang ditangkap oleh tentera Jepun. Daripada kisah ini, pengarang
ingin menimbulkan dan menanamkan semangat nasionalisma dalam kalangan generasi
muda sejak kecil lagi.
Namun, sebaliknya
berlaku pada novel remaja popular dimana ia lebih banyak memaparkan kisah yang
tidak bermesej dan lebih menghairahkan. Contohnya, novel-novel yang hanya
bertema kisah percintaan antara muda mudi yang tidak banyak mempersoalkan
tentang nilai moral, nasionalisma dan sebagainya. Pengarang lebih ghairah untuk mendapat keuntungan
semata-mata tanpa menghiraukan kualiti sesebuah hasil karya yang bernilai
sastera. Tetapi, novel remaja yang berkualiti masih lagi banyak di pasaran
namun tidak mendapat sokongan mengalakan dari pembaca remaja berbanding novel
remaja popular tersebut. Novel remaja ini menyampaikan mesej yang lebih
berkualiti dan wajar seperti memperjuangkan emansipasi wanita, memperjuangkan
hak-hak, memperjuangkan kemerdekaan tanah air seperti hasil tangan Syeikh
Al-Hadi, Abdul Rahim Kajai dan sebagainya.
KESIMPULAN.
Sastera kanak-kanak
yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu
menimbulkan rasa keseronokan dan kepuasan dalam diri mereka. Bagi mencapai
tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya, penghasilan sesebuah
buku/novel kanak-kanak perlu dilakukan dan bentuk teks dan ilustrasi bagi
menarik minat golongan ini untuk meminati budaya membaca malahan dapat
meningkatkan taraf kognitif mereka. Sastera kanak-kanak ini merupakan salah
satu elemen penting untuk melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal
ini demikian kerana, sastera kanak-kanak mampu memberikan keseronokan, dapat
meransang imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri,
memahami bahasa, mendapatkan maklumat dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri
individu kanak-kanak tersebut. Berbanding dengan kesusasteraan remaja, dari
segi mesej yang ingin disampaikan tidak banyak beza diantara sastera
kanak-kanak. Namun, sastera remaja lebih bersifat logical kerana tidak
mengandungi unsur fantasi tetapi lebih kepada imaginasi yang berbentuk logical.
Tetapi kini, sastera remaja telah banyak dipersoalkan dari segi isinya yang
semakin hari semakin rendah mutunya. Antaranya disebabkan oleh pengaruh
kapitalisme yang mementingkan keuntungan semata-mata oleh itu, karya tersebut
‘terpaksa’ dikarang untuk memenuhi citarasa pembaca semata-mata sehingga
mengabaikan nilai-nilai sastera. Sastera ini lebih dikenali sebagai sastera
remaja popular. Namun, sastera remaja terus bangkit dengan munculnya penulis-penulis
baru seperti Faizal Tehrani dan sebagainya.
RUJUKAN
Carol Lynch
Brown, Carl M. Tomlinson (1999). Essential
of Children’s Literature Third Edition.
Judith Hillman
(1999). Discovering Children’s Literature
Second Edition. Merril : Upper Saddle River
Levis Delisya
(2010). Aduhai Mat Skema. Kuala Lumpur : Buku Prima Sdn Bhd
Nik Rafidah
Nik Muhd Affendi (2010). Kesusasteraan
Remaja dan Penulisan: Teknik penceritaan serta Pengaplikasian dalam novel
Remaja. Kuala Lumpur : Casa Delima Sdn Bhd.
Othman Puteh(1998).
Tangapan terhadap Kesusasteraan Remaja.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh (
1998 ). Sastera Remaja Ditinjau dari
beberapa Perspektif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
OLEH ROSLINDA RASHID, SARJANA SASTERA USM
Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT
Casino games, casino games, and jackpots
ReplyDeleteThe jackpot starts at $100 안동 출장마사지 per ticket, which 정읍 출장샵 must be claimed within two hours of the gaming 청주 출장샵 and prize. Winning 보령 출장샵 is the same 군포 출장마사지 amount as all other winning tickets