"Maafkan saya akak" kata larra bersama air mata basah di wajah.
"Apa yang larra dah buat ni? Akak tak sangka larra sanggup buat macam ni..akak betul-betul tak sangka." ucap kak ani sambil menatap wajah basah larra dengan perasaan geram.
"Akak...larra tak minta untuk jadi begini.tak terlintas di hati lara untuk lakukan perkara terketuk nie.tak pernah kak..." air mata semakin bercucuran, larra cuba mencapai tangan kak ani untuk meraih simpati.namun ditepis.hati larra makin diragut pilu.
"Percayalah pada lara kak.semua ini terjadi kerana takdir.takdir yang ditentukan oleh allah untuk menguji larra..lara tak bersalah..lara di aniaya.sumpah kak! Percayalah pada larra.." esakan larra makin kuat. Badan kak ani yang kaku dipeluk erat. Kak ani masih lagi terkesima.tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.
"Cakap pada kak ani, larra. Siapa yang buat larra macam ni, cakap!" pekik kak ani dengan air mata kekesalan. Seorang rakan yang dianggap adik sendiri sangup melakukan perkara terkutuk..hancur lebur hatinya.hancur!
Esakan larra makin kuat bergema.
"Larra tak tahu kak.larra tak dapat cam dia. Semua ni bukan kehendak larra kak" pelukan makin kejap.namun tidak dibalas..air mata sudah membasahi bahu kak ani.
“Habis tu, macam mana boleh jadi macam ni. Akak tak faham dengan kamu Larra!”
“Kak... Maafkan Larra. Larra tak buat benda ni semua..”
“masa tu Larra tak sedar. Larra bingung kak, dah tak tahu nak buat macam mana..”
“Apa maksud Larra sebenarnya? Akak pun bingung Larra, binggung dengan semua ni. Akak.. Akak dah tak tahu nak cakap apa lagi. Perasaan kakak dah bercampur gaul.”
“Larra diperkosa kak..”
Serta merta kak ani memandang wajah larra. Menatap wajah yang berlinang air mata,wajah yang pucat tidak berdarah dan bengkak. "Jadi larra dirogol????" ucap kak ani perlahan. Kedengaran sayu dan sebak dihujungnya. Tubuh kurus dan pucat itu dipeluk..dia tahu larra dalam dilema. "Maafkan akak kerana gagal melindungi kamu dan hampir tidak percaya kan kamu." air mata kesedihan buat larra menitis jua. Sayu hatinya tak terkata.
"Kita buat laporan polis ya larra" pujuk kak ani bersama sentuhan belaian penuh kasih sayang.
"Tak boleh kak, larra dan mengandung. Pihak polis tidak akan percaya bahawa larra dirogol. Mungkin larra disangka mengadai maruah sendiri. Larra tak nak mak larra menangung malu. Gelap masa depan larra kak..gelap!" badan larra mula sejuk dan mengeletar. Ketakutan kekecewaan semuanya bertindan. Hanya mati yang dia fikirkan.
Kak ani terdiam..buntu.
"Baik larra mati!" larra tiba-tiba meronta dan memekik. Kak ani gelisah. Air mata keduanya makin lebat membasahi pipi. Kak Ani memeluk Larra makin kemas.
"Sabar larra.bawa mengucap.tak elok cakap macam ni." kak ani mengemaskan lagi pelukan, belakang larra diusap lembut. Air mata sendiri dibiarkan mengalir bersama sendu yang ditahan-tahan.
"Akak dah setahun berkahwin tapi tidak dikurniakan anak."
Larra mengangkat muka lantas memandang anak mata kak ani yang turut basah. "Kak.. Kak ambil je anak larra ni..larra bagi, larra tak sangup jaga dia larra tak mampu. Please kak!" tubuh kak ani digoncang. Kak ani berfikir panjang. Terdiam.
"Tapi macam mana? Apa yang akak ani nak cakap pada husband? Cakap akak ambil anak angkat tanpa pengetahuan dia? Tak boleh larra.nanti dia curiga." kak ani mengeleng kepala. Larra mengesat pipi kak ani. Mereka berpandangan.
"Akak menyamar.." terkeluar juga ayat yang sudah lama larra fikirkan sebelum memberitahu kak ani kebenaran ini.
Kak ani terkejut. "Tapi macam mana?"
"Larra akan bersembunyi, akak katakan pada suami, akak dah pregnant. Nanti bila saya dah bersalin akak buat-buat beranak sama. Kemudian akak berlakon melahirkan anak larra. Larra akan pergi bila semuanya telah selesai.
Kak ani mengeluh.perutnya yang buncit tapi kosong dek kerana kegemukan dipandang sepi. Perutnya yang buncit ini akan menyelamatan masa depan larra dan anak yang dikandung? Kak ani bagaikan tidak percaya dia bakal melakukan itu semua. Ya allah.permudahkan lah.
Kak ani menganguk. Terus larra memeluknya erat diringi ucapan terima kasih bertalu-talu..fikiran kak ani bertambah berat..dipujuk hatinya demi masa depan adik angkat kesayangan. baginya, Sedih gembira kecewa perlu diusir pergi.
“Tapi... Boleh akak tahu, siapa yang buat Larra macam ni?”
Larra hanya terdiam lemah.
Haleena berlari mengejar bola kecil di halaman rumah. Telatah manjanya diperhatikan oleh ibunya. Kak Ani. Wajah Haleena makin lama makin menyerupai adiknya yang sekian lama dirindui. Entah kemana dia menghilang. Puas dia mencari, namun semua usahanya hampa. susuk tubuh anak berusia 5 tahun itu dipandang penuh perasaan cinta dan duka. cinta kerana dia amat menyayangi anak yang dipelihara sejak kecil dengan air susu badannya sendiri dan duka kerana anak ini terpisah jauh dari pelukan ibunya yang sebenar. Kak Ani kasihan benar dengan nasib yang menimpa Larra. mesti dia juga amat merindui anaknya, anak yang lahir dari kandungannya. "Malang sungguh nasibmu Larra." Kak Ani berbicara sendiri.
Tiba-tiba dada Kak Ani bergetar halus apabila melihat senyuman bibir mungil anak kecil itu. sama seperti senyuman Larra. JAntung kak Ani bagaikan tiba-tiba terhenti, darah bagaikan tidak mengalir. pucat!
"Haleena!"
Haleena yang sedang leka berpaling. lalu laju mengorak megatur langkah menghampiri ibunya
"ibuuuu.."
Kak Ani memeluk Haleena kemas-kemas matanya melilar keseluruh pelusuk halaman. Wajah anak itu dipandang lagi. "kenapa aku tak perasaan akan perubahan wajah anak ini, Ya allah, dugaan besar buatku. wajahmu seperti ibumu, Larra. segala muslihat ibu akan terbongkar jua bila dirimu makin membesar. wajahmu ini milik ibumu Larra. Ayah akan mengetahui penipuan ibu. ibu...khuatir jika dia menganggap kamu bukan anaknya dan ibu berbohong." Bisik Kak Ani.
namun kata-kata itu hanya sia-sia. anak kecil itu belum mengerti apa-apa.
BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment