Monday, 28 September 2015

CERPEN : BAH KELANTAN 2015

########
Arghhhh! Aku menjerit halus apabila mimpi itu menyingah lagi, menganggu lenaku saban waktu. Sudah kerap benar mimpi ini menghantui diri. Hujan, air, pelampung, aku berenang, cemas, satu satu wajah keluarga terpampang..misteri.aku keliru. Petanda apakah ini? Ahhh! Biarkan. Itu hanya mimpi. Hingga satu saat Aku cuba memujuk diri.. Walaupun aku sendiri tidak pasti.

Aku mengeliat, membetulkan urat saraf. Penat. Antara belajar dan berkerja memaksa aku mengerah keringat demi tanggungjawab yang agak besar.

Kini. Genap setahun aku tidak pulang ke kampung halaman. Nun... Jauh di pedalaman. Aku pandang keluar jendela. Hujan gerimis masih membasahi bumi pulau pinang. Hari ini tanggal 23 december 2014..

Tutt tutt.. Telefon lenovo kapcai aku berbunyi.

Air koho naik.

Kata kakak aku melalui pesanan ringkas. Aku meraup wajah. Sambil memandang langit yang masih kelam kelabu dengan titisan air jenih yang entah bila akan berhenti..

Aku cuba bayangkan saat kami menempuh dugaan tiap kali musim tengkujuh. Memang sudah terlalu lali.

Adik-adik bermain air dengan hanya bercawat kontang. Mak mula bising membebel sambil menadah air hujan. Kakak mula mengemas barang-barang penting. Aku akan panjat dinding rumah, meletakkan para di atas siling. Untuk diletakkan pakaian dan buku-buku sekolah. Kerna disitulah tempat yang paling tinggi. Tidak akan 'dicium' bah.

Itu dulu. Tahun 2004, air naik keparas jendela. Hujan selama seminggu berturut-turut. Kami bina bangsal berteduh. Makan minum semua bercatu. Maklumlah aku ada 12 adik beradik. Ketika ini arwah abangku masih ada. Geng sekepala dengan aku. Kami pula sibuk bermain rakit.. Budak-budak, apa yang kami fikirkan. Selain berseronok?

Itu dulu.....setelah 10 tahun berlalu.
Kini aku jauh diperantauan. Tidak mengharungi saat itu bersama keluarga memandangkan aku perlu menghadapi peperiksaan pada 28 december. Bagi menamatkan pengajianku di tahun akhir.

Aku menanti lagi mesej dari adik beradikku di kampung. Namun tidak berbalas.

Pada pukul 12 tengahmalam 24 december 2014, aku tidak dapat tidur lena. Lalu aku menelefon keluarga. Lama talian tidak bersahut. Aku menanti penuh debar. Kali ini pangilan ku disambut lemah suara adikku. Diiringi rengekan anak saudaraku berusia 5 bulan. Keadaan mereka masih selamat. Aku lega. Namun jam 2 pagi adikku menelefon, mengkabarkan aku tentang situasi yang mereka hadapi. Kedengaran cemas. Tangisan adik adik kecil dan anak saudara sayup-sayup kedengaran di cuping telingaku. Kilat dan petir semakin mengila. Sebelum talian terputus. Sayup aku terdengar suara adikku berkata:

'Keno pindoh naik bukit so lagi. Bangsal atas bukit ni pun dah tak selamat. Air dah lintas tebing!'

Itu yang aku dengar dicelahan kekalutan itu.

Gi lah. Selamat nyawa jah hok penting loni. Hok lain biarlah. Kata aku.

Malam ini tidur aku tak lena. Memikirkan mereka terpaksa berteduh di dalam hutan bersama binatang berbisa lagi buas bersama 10 adik beradik 2 anak saudara masih kecil dan kakakku yang sarat mengandung menunggu hari.

Tidak ada apa yang aku fikiran saat ini. Selain keselamatan mereka. Buku ulangkaji di atas meja aku pandang sepi. Jiwa aku kosong. Otakku tepu. Jasad ku ingin terbang kembali. Namun, aku hanya mampu menunggu langit cerah bersama linangan air mata dan doa.

#bersambung.

CERPEN : ERTI SEBUAH KENANGAN

########## erti secubit KENANGAN #####

pada suatu petang......

ecah curi-curi masuk ke dalam bilik abangnya, Seman. seman tidak ada dirumah, ecah ketawa perlahan, misinya bakal berhasil. Ecah meyelongkar barang-barang kesayangan seman dengan hati girang. sudah lama dia mengimpikan saat ini,akhirnya tercapai juga. Dvd, speaker box, earphone, komputer riba, dan segala gajet bagi kehidupan lelaki remaja seperti abangnya tersusun elok. Ecah menyentuh satu persatu.

"wau..komputer" Ecah benar-benar teruja, komputer riba diatas meja di buka perlahan-lahan. kebetulan seman tidak mengaktifkan kod pasword komputernya. misi Ecah makin bertambah lancar. Ecah ketawa perlahan, jari jemari ligat menekan papan kekunci.

***zombie plants..... PLAY*****

ecah ketawa lagi sambil meloncat-loncat di atas katil bujang milik seman tanpa rasa takut.

"yeah yeaa dapat buka. ecah dapat bukak abang punya game. yeah yeah yeaaayeh.." tanpa disedari, pintu telah terkuak perlahan.

seman...

seman berdiri terpacak di hadapan pintu dengan raut wajah menyinga. pantang barang-barangnya di sentuh, walau dengan adik sendiri. Bukan dia tidak tahu perangai Ecah. Sekelip mata sahaja barang kesayangannya bakal jahanam.

ECah!!!!!!! Seman memekik. Apabila melihat air milo basi diminumnya semalam sudah tumpah di atas keyboard komputer. Mengalir menitis di atas dua speaker besar di bawah meja. Seman semakin hilang sabar.

"komputer aku!" jerit Seman.

ecah hanya kaku, terlopong. tidak menyangka kepulangan abangnya ke rumah. biasanya dia akan pulang sebelum waktu menginjak magrib. sekarang lain pula jadinya.

ecah garu kepala.

Seman mencapai wayar cajer yang berlingkar di atas meja, lalu diayunkan dengan kuat mengenai batang tubuh Ecah. Ecah kena tibai. Seman sudah hilang akal. tubuh adikknya di libas dengan kuat, bertalu-talu, Ecah menjerit kesakitan sambil merayu. meraih simpati. seman belum puas, pipi putih merah adikknya di tampar-tampar.

sakit bang! aduh sakit. Ecah janji Ecah tak buat dah!" Ecah merayu sambil memeluk betis seman,

seman mengetap gigi gerham.dada berombak kencang.. nafasnya mendengus,

"berapa kali aku cakap jangan sentuh barang aku. kau tak dengar? mana telinga Kau? Mari sini aku nak bagi pengajaran dekat telinga ko yang tak pernah dengar cakap aku nih!" Seman memulas telinga ecah.

Ecah merintih kesakitan.

'ooo. tahu sakit. dah tu siapa suruh ko main barang aku? kan dah dapat. lain kali telinga ko tu guna baik-baik. kalau tak nak aku terajang kau nanti."

ecah menangis tersedu-sedu."Ecah janji tak buat lagi..."

"Dah! keluar.aku tak nak tengok muka ko. keluar!" seman menolak Ecah keluar dari bilik.

ecah merangkak sambil menangis tersedu-sedu.

"lain kali jangan buat hal dengan aku." Marah seman sambil mengelap keyboard yang sudah basah,

********
Seman menyeluk saku kemeja abahnya yang tergantung di jendela. note berwarna merah bergumpal di dalam saku itu meguntumkan senyuman dibibirnya.

ecah muncul tiba-tiba.

"Abang jangan curi duit abah. nanti ecah bagitahu abah. abang curi duit abah!'

"Adik jangan menyibuk boleh tak?"

"dah abang curi duit abah. Ecah bisinglah. Abang pencuri! bulan puasa pun abang buat dosa!"

jaga sikit mulut tu adik. dah tak hormat abang dah?"

'Buat apa hormat abang, abang bukannya sayang Ecah. Abang pukul Ecah. abang sayangkan komputer abang dari Ecah. Abang dah tak macam dulu lagi" bibir Ecah sudah mencebik. menahan tangis.

"Pasal hari tu abang tak sengaja, abang mintak maaf." Pujuk Seman.

Ecah mengesat mata. "Sejak abang ada telepon dengan laptop abang tu. abang suka duduk dalam bilik sorang-sorang. Abang sibuk dengan wasap, facebook, wechat, twitter abang. sekarang bila abang dah ada buah hati. abang langsung lupakan Ecah. tiap petang Ecah main sorang-sorang, Abang dah tak pedulikan Ecah. Dulu.. abang suka bawa Ecah jalan-jalan naik basikal tua abah, kita jalan sekeliling kampung. abang belikan Ecah cokelat."

"itu dulu... sekarang kan Ecah dan besar. tak kan nak abang gendong lagi" Seman mengaru kepala yang tak gatal.

"sekurang-kurangnya luangkan masa... borak dengan ecah, main dengan Ecah. Ecah teringin nak main game sama abang. tapi.. abang tak bagi, abang lagi suka main dengan kawan abang..."

"sudahlah Ecah, abang nak keluar..

"Ecah benci abang. Abang jahat! abang tak sayang Ecah! Abang pencuri! nanti abang masuk neraka!!!! Ecah berlari keluar menuju ke sawah. Seman mengeleng-geleng kepala.

*******
seman seronok bermain game di cybercafe.

"Seman! Seman!"
seman masih kusyuk bermain game sniper.
"Seman!!"
"Apadia?" Seman menyahut apabila melihat daus sudah terpacak disisinya. Daus menepuk bahu seman sambil tercungap-cungap.
"Aaaaaa....dik kauuuu!"
"Kenapa dengan adik aku?"
"Adik kau keeee naaaa patuk ular dekat sawah. sekarang dah bawa ke hospital, Aku datang bagitahu kau. mak kau suruh. cepatlah pergi...."
seman sudah start motosikal.

"Cepat pergi hospital. adik kau dah tenat." Pesan daus.

seman meletakkan tab jenama lenovo yang dibeli untuk adiknya di dalam raga.

******
ecah membelek-belek album gambar di dalam tab jenis lenovo. gambar bersama abang, mak dan ayah di tatap penuh rindu.

maafkan saya.

kini genap setahun pemergian abang, abah dan mak.

ecah menyesal.
ecah terlalu ikutkan hati.

esok . syawal bakal menjelang.

foto raya tahun ini, hanya wajah ecah seorang, tidak ada lagi wajah abang seman, abah dan mak.
ecah mintak maaf, mintak ampun dari hujung kaki ke hujung rambut. ecah yang buat kita semua berpisah. kalau ecah tak ke sawah, merajuk dengan abang. dah tentu keluarga kita masih ada bersama. abang, ayah dan mak pergi hospital pun sebab nak tengok ecah, tapi kereta dipandu abang merempuh lembu melintas di jalanan. kereta terbalik, berguling-guling lalu meletup terbakar. semua hangus termasuk abang, abah dan mak.

abang ada belikan ecah Tab, supaya nanti ecah boleh main game candy crush dengan abang. kita lawan sama, tapi tab ecah selamat, sebab abang tinggal dalam raga moto. tab ni pun abang beli dengan duit upah abang tolong abah menebas. duit dalam saku abah haritu, duit upah abang ya, maaf, ecah tak tahu...

maafkan saya.
maafkan ecah
semua tingalkan ecah
ecah rindu sama abang, abah dan mak.
raya kali ini hanya tinggal ecah seorang.
ecah minta ampun mak
ecah minta ampun bah
ecah minta ampun abang. ecah janji tak akan main laptop abang lagi. ecah janji....

ecah mengelap pipi yang basah......
KENAPA TUHAN TAK AMBIL ECAH SEKALI?

#hargailah sebuah jalinan kekeluargaan, pulanglah ke kampung halaman sebelum semuanya hilang dalam pandangan...

(tidak dibenarkan copy and paste)


Saturday, 26 September 2015

CERPEN : DEMIMU HALEENA


"Maafkan saya akak" kata larra bersama air mata basah di wajah.
"Apa yang larra dah buat ni? Akak tak sangka larra sanggup buat macam ni..akak betul-betul tak sangka." ucap kak ani sambil menatap wajah basah larra dengan perasaan geram.
"Akak...larra tak minta untuk jadi begini.tak terlintas di hati lara untuk lakukan perkara terketuk nie.tak pernah kak..." air mata semakin bercucuran, larra cuba mencapai tangan kak ani untuk meraih simpati.namun ditepis.hati larra makin diragut pilu.
"Percayalah pada lara kak.semua ini terjadi kerana takdir.takdir yang ditentukan oleh allah untuk menguji larra..lara tak bersalah..lara di aniaya.sumpah kak! Percayalah pada larra.." esakan larra makin kuat. Badan kak ani yang kaku dipeluk erat. Kak ani masih lagi terkesima.tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.
"Cakap pada kak ani, larra. Siapa yang buat larra macam ni, cakap!" pekik kak ani dengan air mata kekesalan. Seorang rakan yang dianggap adik sendiri sangup melakukan perkara terkutuk..hancur lebur hatinya.hancur!
Esakan larra makin kuat bergema.
"Larra tak tahu kak.larra tak dapat cam dia. Semua ni bukan kehendak larra kak" pelukan makin kejap.namun tidak dibalas..air mata sudah membasahi bahu kak ani.
“Habis tu, macam mana boleh jadi macam ni. Akak tak faham dengan kamu Larra!”
“Kak... Maafkan Larra. Larra tak buat benda ni semua..”
“masa tu Larra tak sedar. Larra bingung kak, dah tak tahu nak buat macam mana..”
“Apa maksud Larra sebenarnya? Akak pun bingung Larra, binggung dengan semua ni. Akak.. Akak dah tak tahu nak cakap apa lagi. Perasaan kakak dah bercampur gaul.”
“Larra diperkosa kak..”
Serta merta kak ani memandang wajah larra. Menatap wajah yang berlinang air mata,wajah yang pucat tidak berdarah dan bengkak. "Jadi larra dirogol????" ucap kak ani perlahan. Kedengaran sayu dan sebak dihujungnya. Tubuh kurus dan pucat itu dipeluk..dia tahu larra dalam dilema. "Maafkan akak kerana gagal melindungi kamu dan hampir tidak percaya kan kamu." air mata kesedihan buat larra menitis jua. Sayu hatinya tak terkata. 
"Kita buat laporan polis ya larra" pujuk kak ani bersama sentuhan belaian penuh kasih sayang.
"Tak boleh kak, larra dan mengandung. Pihak polis tidak akan percaya bahawa larra dirogol. Mungkin larra disangka mengadai maruah sendiri. Larra tak nak mak larra menangung malu. Gelap masa depan larra kak..gelap!" badan larra mula sejuk dan mengeletar. Ketakutan kekecewaan semuanya bertindan. Hanya mati yang dia fikirkan.
Kak ani terdiam..buntu.
"Baik larra mati!" larra tiba-tiba meronta dan memekik. Kak ani gelisah. Air mata keduanya makin lebat membasahi pipi. Kak Ani memeluk Larra makin kemas.
"Sabar larra.bawa mengucap.tak elok cakap macam ni." kak ani mengemaskan lagi pelukan, belakang larra diusap lembut. Air mata sendiri dibiarkan mengalir bersama sendu yang ditahan-tahan.
"Akak dah setahun berkahwin tapi tidak dikurniakan anak."
Larra mengangkat muka lantas memandang anak mata kak ani yang turut basah. "Kak.. Kak ambil je anak larra ni..larra bagi, larra tak sangup jaga dia larra tak mampu. Please kak!" tubuh kak ani digoncang. Kak ani berfikir panjang. Terdiam.
"Tapi macam mana? Apa yang akak ani nak cakap pada husband? Cakap akak ambil anak angkat tanpa pengetahuan dia? Tak boleh larra.nanti dia curiga." kak ani mengeleng kepala. Larra mengesat pipi kak ani. Mereka berpandangan.
"Akak menyamar.." terkeluar juga ayat yang sudah lama larra fikirkan sebelum memberitahu kak ani kebenaran ini.
Kak ani terkejut. "Tapi macam mana?"
"Larra akan bersembunyi, akak katakan pada suami, akak dah pregnant. Nanti bila saya dah bersalin akak buat-buat beranak sama. Kemudian akak berlakon melahirkan anak larra. Larra akan pergi bila semuanya telah selesai.
Kak ani mengeluh.perutnya yang buncit tapi kosong dek kerana kegemukan dipandang sepi. Perutnya yang buncit ini akan menyelamatan masa depan larra dan anak yang dikandung? Kak ani bagaikan tidak percaya dia bakal melakukan itu semua. Ya allah.permudahkan lah.
Kak ani menganguk. Terus larra memeluknya erat diringi ucapan terima kasih bertalu-talu..fikiran kak ani bertambah berat..dipujuk hatinya demi masa depan adik angkat kesayangan. baginya, Sedih gembira kecewa perlu diusir pergi. 
“Tapi... Boleh akak tahu, siapa yang buat Larra macam ni?”
Larra hanya terdiam lemah.

Haleena berlari mengejar bola kecil di halaman rumah. Telatah manjanya diperhatikan oleh ibunya. Kak Ani. Wajah Haleena makin lama makin menyerupai adiknya yang sekian lama dirindui. Entah kemana dia menghilang. Puas dia mencari, namun semua usahanya hampa. susuk tubuh anak berusia 5 tahun itu dipandang penuh perasaan cinta dan duka. cinta kerana dia amat menyayangi anak yang dipelihara sejak kecil dengan air susu badannya sendiri dan duka kerana anak ini terpisah jauh dari pelukan ibunya yang sebenar. Kak Ani kasihan benar dengan nasib yang menimpa Larra. mesti dia juga amat merindui anaknya, anak yang lahir dari kandungannya. "Malang sungguh nasibmu Larra." Kak Ani berbicara sendiri.
Tiba-tiba dada Kak Ani bergetar halus apabila melihat senyuman bibir mungil anak kecil itu. sama seperti senyuman Larra. JAntung kak Ani bagaikan tiba-tiba terhenti, darah bagaikan tidak mengalir. pucat!
"Haleena!"
Haleena yang sedang leka berpaling. lalu laju mengorak megatur langkah menghampiri ibunya
"ibuuuu.."
Kak Ani memeluk Haleena kemas-kemas matanya melilar keseluruh pelusuk halaman. Wajah anak itu dipandang lagi. "kenapa aku tak perasaan akan perubahan wajah anak ini, Ya allah, dugaan besar buatku. wajahmu seperti ibumu, Larra. segala muslihat ibu akan terbongkar jua bila dirimu makin membesar. wajahmu ini milik ibumu Larra. Ayah akan mengetahui penipuan ibu. ibu...khuatir jika dia menganggap kamu bukan anaknya dan ibu berbohong." Bisik Kak Ani.
namun kata-kata itu hanya sia-sia. anak kecil itu belum mengerti apa-apa.

BERSAMBUNG..

Wednesday, 2 September 2015

Tengelamnya kapal Van Der Wijack. satu kritikan rasa fenomenologi.

Assalamualaikum w.r.t

memaparkan sebuah kritikan ringkas terhadap filem Tengelamnya Kapal Van Der Wijack dari sudut pandangan pengarang.




Pengolahan karya daripada sebuah karya verbal kepada visual semakin giat dilaksanakan oleh agensi fefileman di seluruh dunia. Ramai ahli sarjana Sastera cuba bangkit dan mengkritik malah menganalisis proses dan teknik, implikasi dan ketulenan sebuah karya yang diadaptasi.  Ketulenan karya asal amat dititikberatkan oleh Sarjana namun tidak bagi pengiat seni fefileman sehingga berlaku polemik yang bercanggah sesama sendiri. Tidak ketinggalan sebuah karya besar Suraya Intercine Film, Tengelamnya kapal Van Der Wijack sebuah karya adaptasi daripada novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijack nukilan abadi Hamka, penulis tersohor Indonesia telah menjadi sebuah karya masterpiece bagi industri filem Indonesia. Namun, sejauhmanakah teknik kepengarangan Hamka telah diolah dan dicantas oleh pengarah Sunil Suraya?  malahan bagaimana pula paparan visualnya? kehebatan filem ini banyak dibual bicara oleh sarjana-sarjana daripada pelbagai aspek, namun disini aspek paling utama yang telah melonjakkan karya di ke seluruh persada dunia adalah kerana ketepatannya menimbulkan dan membangkitkan rasa emosi dalaman penonton. Kajian ini akan merujuk sebuah teori iaitu teori rasa fenomenologi oleh Profesor Suhaimi Abd Aziz.

sila klik untuk menonton.
https://plus.google.com/u/0/+lindalinrashid/posts/RWNVxYN9CMe?pid=6190078094149432642&oid=104729738109981041137

 SINOPSIS
filem ini mengisahkan kisah cinta tidak kesampaian Zainudin terhadap Hayati. Zainudin, seorang lelaki kampung Makassar yang tidak mempunyai keluarga keluar menetap di rumah sanak saudara di Batipuh, sebuah wilayah di Indonesia yang kaya dengan adat Minangkabau pada tahun 1930. Hayati, anak yatim piatu yang tinggal bersama bapa saudaranya seorang penghulu adat Minangkabau di Batipuh mulai jatuh cinta terhadap Zainudin yang telah dipulau oleh orang kampung kerana status dirinya yang tidak berketurunan. Mereka saling menjalin cinta. namun, Zainudin diusir kerana telah difitnah sebagai perosak adat dan keturunan suku Minangkabau kerana cintanya terhadap Hayati telah dianggap melanggar adat.

"cinta hanya khayalan dan dongeng" 

mereka berpisah dan Zainudin membawa diri ke Padang Panjang. Zainudin tinggal bersama saudaranya sehingga pada suatu saat Hayati menulis sepucuk surat mengatakan dia akan ke Padang Panjang untuk menyaksikan pesta lumba kuda dan akan menetap di rumah sahabatnya Khatijah dan mereka akan sering bertemu setiap hari, Timbul pengharapan buat Zainudin, besar hatinya untuk bertemu Hayati, kekasih abadi. Di Rumah Kadijah, Hayati disolek indah sehingga membuka mata Aziz, abang Khadijah yang tinggal di kota yang serba moden. Hayati dan Zainudin tidak sempat ketemu di pesta itu. Malah, Zainudin telah dihina oleh Aziz. Lamaran telah diutuskan oleh keluarga Aziz buat Hayati, Zainudin juga menghantar sepucuk surat bagi melamar Hayati. Setelah kata sepakat, keluarga Hayati menerima lamaran Aziz dan lamaran Aziz ditolak. tidak ada daya buat Zainudin setelah cintanya ditolak oleh Hayati sendiri, kekasih hati yang pernah berjanji setia sehingga akhir hayat kini memutuskan agar kisah cinta mereka dilupakan yang hanya tinggaladalah sebuah ikatan sebagai sahabat. pengharapan cinta Zainudin buat Hayati musnah sehingga Zainudin jatuh sakit. Abang Muluk, saudara Zainudin menyedarkannya untuk bangkit dari kesedihan. 

"Yang terjadi biarlah terjadi"
Bangkit untuk berjuang melawan rasa kecewa seorang kekasih yang ditinggalkan. Mereka berpindah ke Batavia. mereka mengenali seorang tokoh penerbitan surat khabar terkenal di Batavia. Hasil nukilan Zainudin telah disambut baik sehingga lahir karya pertamanya yang bertajuk Terusir kemudian Kemana Aku Akan Pulang. Kehebatan Zainudin semakin terserlah dan Zainudin ditawarkan untuk mengendali sebuah syarikat penerbitan di Surabaya. Akhirnya Zainudin menjadi tokoh yang terlalu masyur di Surabaya dan bertemu dengan Aziz dan Hayati di majlisnya sendiri. Aziz bangkrup kerana sikapnya yang suka berfoya dan berjudi, mereka menumpang di rumah Zainudin dengan layanan yang cukup baik. Aziz jatuh sakit, kerana malu Aziz membawa diri ke bandar untuk mencari rezeki namun ditemui mati membunuh diri. Hayati kembali menagih kasih daripada Zainudin tetapi semuanya sudah terlewat. Dalam hati Zainudin, Hayati sudah lama mati. Mati di dalam kenangannya. Hayati diminta pulang dengan menaiki Kapal Van Der Wijack yang akan ke Batipuh. di dalam perjalanan, kapal tersebut tengelam. Hayati meninggalkan Zainudin dengan penuh rasa cinta yang masih utuh buat Zainudin. Dan Zainudin hidup kerana rasa cintanya buat Hayati masih belum berkesudahan.

jangan pernah bersedih
jangan putus asa
cinta itu bukan melemahkan hati
bukan membawa tangis
bukan membuat kita putus asa
tetapi cinta itu menguatkan hati
menghidupkan pengharapan- HAYATI






BERSAMBUNG

Nikmat mana yang telah aku dustakan?

Kisah Nyata : Terlewat Nikah
Aku telah menamatkan zaman kuliahku dan kini aku bergelar seorang wanita yang berkerjaya.
Lamaran pinangan terhadap diriku untuk menikah juga datang tidak putus-putus, tetapi aku merasakan tiada seorang pun yang dapat menarik minatku
Kemudian kesibukan kerja dan cita-citaku membuatkan aku leka dan hanyut dalam duniaku sendiri sehinggalah aku berusia 34 tahun.
Ketika itulah baru aku sedar bahawa betapa susahnya lewat bernikah.
Pada suatu hari, datang seorang pemuda meminangku. Usianya tua 2 tahun dariku. Dia berasal dari keluarga yang kurang mampu. Tapi aku ikhlas menerima dirinya seaadanya.
Kami mulai menghitung waktu pernikahan. Dia meminta kepadaku salinan KTP untuk menguruskan surat-surat pernikahan. Aku segera menyerahkan semua yang diperlukan.
Setelah dua hari berlalu, ibunya menghubungiku melalui telepon. Beliau memintaku supaya bertemu secepat mungkin.
Aku segera menemuinya. Tiba-tiba ia mengeluarkan salinan KTPku. Dia bertanya kepadaku apakah tarikh lahirku yang terdapat di KTP itu benar?
Aku menjawab: Benar.
Lalu ia berkata: Jadi umurmu sudah mendekati usia 40 tahun?!
Aku menjawab: Usiaku sekarang sebenarnya 34 tahun.
Ibunya berkata lagi: ya, sama saja.
Usiamu sudah lewat 30 tahun. Ertinya kesempatan untuk memiliki anak sudah semakin tipis.
Sementara aku nak sangat menimang cucu.
Dia tidak mahu diam sampai ia mengakhiri proses pinangan antara diriku dengan anaknya.
Masa-masa sukar itu berlalu sampai 6 bulan.
Akhirnya aku memutuskan untuk pergi melaksanakan ibadah umrah bersama ayahku, supaya aku boleh menyembuhkan kesedihan dan kekecewaanku di Baitullah.
Akupun pergi ke Mekah.
Aku duduk menangis, berlutut di depan Ka'bah.
Aku memohon kepada Allah supaya diberi jalan terbaik.
Setelah selesai solat, aku melihat seorang perempuan membaca al Qur'an dengan suara yang sangat merdu.
Aku mendengarnya lagi mengulang-ulangayat:
(وكان فضل الله عليك عظيما)
"Dan karunia Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar".
(An Nisa': 113)
Air mataku menitis dengan derasnya mendengar alunan ayat itu.
Tiba-tiba perempuan itu merangkulku ke pangkuannya.
Dan ia mulai mengulang-ulang firman Allah:
(ولسوف يعطيك ربك فترضي)
"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas".
(Adh Dhuha: 5)
Demi Allah, seolah-olah aku baru kali pertama mendengar ayat itu seumur hidupku. Pengaruhnya sangat luar biasa, jiwaku menjadi tenang.
Setelah seluruh ibadah umrah selesai, aku kembali ke Cairo.
Di pesawat aku duduk di sebelah kiri ayahku, sementara disebelah kanan beliau duduk seorang pemuda.
Sesampainya pesawat di bandara, akupun turun.
Di ruang tunggu aku bertemu suami kepada salah seorang sahabatku.
Kami bertanya kepadanya, dalam urusan apa ia datang ke bandara?
Dia menjawab bahwa ia sedang menunggu kedatangan sahabatnya yang menaiki pesawat yang sama dengan kami naiki.
Hanya beberapa saat, tiba-tiba sahabatnya itu datang.
Ternyata ia adalah pemuda yang duduk di kerusi disebelah kanan ayahku tadi.
Seterusnya aku berlalu dengan ayahku.....
setibanya aku sampai di rumah dan menukar pakaian, sedang berehat, sahabatku yang suaminya tadi kebetulan betemu di bandara menghubungiku.
Terus saja ia menyatakan bahawa sahabat suaminya yang kebetulan menaiki pesawat denganku sangat tertarik kepada diriku.
Dia ingin bertemu denganku di rumah temanku itu dimalam itu juga.
Atas alasan,urusan yang baik perlu disegerakan.
Jantungku berdegup sangat kencang akibat kejutan yang tidak pernah aku bayangkan.
Lalu aku meminta pendapat kepada ayahku terhadap tawaran suami sahabatku itu.
Beliau memberi semangat untuk untuk aku menerima perlawaan tersebut.
Boleh jadi dengan cara itu Allah memberiku jalan keluar.
Akhirnya.....aku pun datang ke rumah temanku itu.
Setelah beberapa hari selepas kunjungan kerumah itu, pemuda tadi pun datang melamarku secara rasmi.
Hanya satu bulan setengah setelah pertemuan itu kami betul-betul sudah menjadi pasangan suami-istri.
Jantungku betul-betul berdegup kencang dengan pengharapan kebahagiaan.
Kehidupan berkeluarga berjalan lancar dengan optimis dan detik-detik kebahagiaan.
Aku mendapatkan seorang suami yang aku impikan.
Dia seorang yang sangat baik, penuh cinta, lemah lembut, dermawan, mempunyai akhlak yang subhanallah, ditambah lagi keluarganya yang sangat baik dan terhormat.
Namun sudah beberapa bulan berlalu belum juga ada tanda-tanda kehamilan pada diriku.
Perasaanku mulai diselubungi cemas.
Apalagi usiaku waktu itu sudah memasuki 36 tahun.
Aku minta kepada suamiku untuk membawaku supaya melakukan pemeriksaan diri di hospital.
Aku bimbang kalau-kalau aku tidak boleh hamil.
Kami pergi menjalani pemeriksaan dengan seorang doktor yang sudah terkenal dan berpengalaman.
Dia minta kepadaku untuk buat ujian darah.
Ketika kami menerima keputusan ujian darah, ia berkata bahawa tidak perlu aku meneruskan pemeriksaan berikutnya, karena hasilnya sudah nyata.
Terus sahaja dia mengucapkan "Tahniah, anda hamil!"
Hari-hari kehamilanku pun berlalu dengan selamat, sekalipun aku mengalami kesusahan yang lebih dari orang biasanya.
Mungkin kerana aku hamil di usia yang sudah agak berumur.
Sepanjang kehamilanku, aku tidak punya keinginan untuk mengetahui jatina anak yang aku kandung.
Kerana apa pun yang Allah kurniakan kepadaku semua adalah nikmat dan kurniaan-Nya.
Setiap kali aku mengaduk bahawa rasanya kandunganku ini terlalu besar, dokter itu menjawab:
Itu karena kamu hamil di usia lewat 36 tahun.
Seterusnya tibalah hari-hari yang ditunggu, hari saatnya melahirkan.
Proses bersalin secara caesar berjalan dengan lancar.
Setelah aku sedar, doktor masuk ke bilikku dengan senyuman manis di wajahnya sambil bertanya tentang jenis jatina anak yang aku harapkan.
Aku menjawab bahawa aku hanya mendambakan kurniaan daripada Allah.
Tidak penting bagiku jenis jatinanya. Lelaki atau perempuan akan aku sambut dengan ribuan kesyukuran.
Aku dikejutkan dengan pernyataannya:
"Bagaimana pendapatmu kalau kamu mendapat Hasan, Husen dan Fatimah sekaligus?
Aku tidak paham apa yang ia katakan.
Dengan penuh tanda tanya aku bertanya apa yang ia maksudkan?
Lalu ia menjawab sambil menenangkan ku supaya jangan terkejut dan histeria bahawa Allah telah mengurniakan 3 orang anak sekaligus. 2 orang bayi lelaki dan seorang perempuan.
Seolah-olah Allah mahu memberiku 3 orang anak sekaligus untuk mengejar ketinggalanku dan lantaran kelewatan umurku.
Sebenarnya doktor itu telah mengetahui bahawa aku mengandung anak kembar 3, tapi dia tidak menyampaikan berita itu kepadaku supaya aku tidak cemas menjalani masa-masa kehamilanku.
Lantas aku menangis sambil mengulang-ulang ayat Allah:
(ولسوف يعطيك ربك فترضى)
"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas". (Adh Dhuha: 5)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
(وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا )
"Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, karena sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami..." (Ath Thur: 48)
Bacalah ayat ini penuh taddabur dan menghayatinya, teruskan berdoa dengan hati penuh yakin bahawa Allah tidak pernah dan tidak akan pernah membiarkanmu.
Bila status ini ada manfaatnya silakan share.
Jazaakumullahu khairan