Friday, 11 August 2017

NOVEL PULANG KARYA LEILA S. CHUDORI DALAM KRITIKAN FEMINIS RADIKAL

Karya sastera Indonesia seperti Azab dan Sengsara karya Merari Siregar, Siti Nurbaya karya Marah Rusli, Layar terkembang karya Sutan Takdir Alisahbana, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk karya Hamka semuanya mengisahkan bagaimana wanita Indonesia pada zamannya. Mereka digambarkan terkongkong oleh sistem budaya, adat dan agama. Segala keputusan kehidupan akan datang ditentukan oleh kuasa mutlak yang dipegang oleh kaum lelaki terutamanya dalam sistem kekeluargaan yang dinamai sebagai sistem patriarki. Setelah sekian lama golongan wanita menjadi mangsa patriarkal, muncul gerakan wanita untuk bangkit menentang sistem ini. Gerakan ini dikenali sebagai feminisme. Feminisme mempunyai hubungan yang erat dengan kesusasteraan kerana dipercayai bahawa selama ini kesusasteraan dihasilkan di bawah pengaruh masyarakat patriarkal (masyarakat yang dikuasai oleh lelaki). Kritikan feminisme pula muncul untuk memberi perhatian kepada penilaian atau representasi wanita dalam kesusasteraan dengan membebaskan mereka daripada masalah yang menekan. Malahan, feminisme mempunyai unsur politik jantina yang bertujuan untuk menentang wacana lelaki yang disebut sebagai patriarki.
Melalui wacana sastera, mereka bangkit secara radikal menentang kontrak sosial berlandaskan sistem patriarki ini demi membebaskan mereka daripada terus dibelenggu. Muncul tokoh karyawan wanita yang memperjuangkan hak-hak wanita yang dimulai oleh R.A Kartini diikuti Ayu Utami, Leila S. Chudori dan ramai lagi. Dalam kajian ini, Novel Pulang karya Leila S. Chudori akan dianalisis secara terperinci tentang sejauhmana fahaman, pandangan pengarang wanita dan bagaimana pengarang menentang secara radikal terhadap sistem patriarki dalam konteks feminisme radikal.

2.0  Makna Feminisme Radikal.

Menurut Kamla Bahsin dan Nighat Said Khan, dua tokoh feminis Asia Selatan; tidak mudah untuk mendefinisikan kata feminisme yang dapat diterima atau diterapkan kepada semua feminis di semua tempat dan waktu kerana definisi feminisme berubah mengikut perbezaan sosial berdasarkan kelahiran, taraf kesedaran, persepsi, dan tindakan yang dilakukan para feminis itu sendiri (Siti Muslikhati, 2004:17) Namun, feminisme dapat dijelaskan sebagai pergerakan kaum perempuan untuk menuntut kesamarataan taraf dengan kaum lelaki. Dengan kata mudah, feminisme adalah satu gerakan kesedaran yang diperjuangkan oleh kaum perempuan atas tindakan penindasan oleh satu sistem budaya yang dimonopoli oleh kaum lelaki.
Muncul gerakan yang lebih ekstrem untuk menuntut kebebasan dari pelbagai sudut dan akar umbi sehingga menobrak sistem adat resam budaya bangsa. Gerakan ini dinamakan sebagai ‘radikal’. Aliran ini tertumpu kepada pandangan bahawa penindasan terhadap perempuan terjadi akibat sistem patriarki. Tubuh perempuan adalah objek utama penindasan kekuasaan lelaki. Oleh kerana itu, feminisme radikal mempertahankan hak-hak reproduksi dan tubuh, seksualiti, seksisme, dan kuasa perempuan. The Personal is political menjadi asas gagasan ini untuk menghancurkan segala sistem yang membataskan wanita daripada kesamarataan taraf dengan lelaki.
 Sholwalter pula menyatakan kritikan feminisme adalah berhubung dengan konsep kiritik feminis, yang berfokus terhadap perempuan. Jika selama ini yang mewakili pembaca dan pencipta dalam sastera Barat adalah lelaki, kritikan feminis menunjukkan bahawa perempuan juga mampu membawa persepsi dan harapan ke dalam pengalaman sasteranya sekaligus mewakili jiwa wanita dalam karya mereka agar timbulnya kesedaran terhadap hak-hak kebebasan. Beberapa wanita telah menegaskan bahawa suatu teori feminis yang agak lengkap akan dapat muncul hanya menerusi pengalaman wanita itu sendiri atau daripada ketidaksedaran mereka. Wanita mesti menghasilkan bahasa mereka sendiri dan konsep mereka sendiri tentang alam yang mungkin dilihat tidak rasional oleh lelaki. Menurut Helene Cixous, walau apapun kesukarannya wanita mempunyai hak untuk menetapkan nilai mereka sendiri, untuk meneroka kesedaran mereka sendiri, mengembangkan bentuk pernyataan yang berhubungan dengan nilai dan kesedaran mereka (selden,1989:157). Selanjutnya munculah istilah reading as a women, membaca sebagai perempuan yang dicetuskan oleh Culler iaitu membaca dengan kesedaran, membuang tanggapan dan ideologi kekuasan lelaki terhadap wanita secara patriarki. Hal ini berhubung dengan konsep membaca sebagai perempuan.
Terry Eagleton menegaskan bahawa gerakan wanita berhasil menyatukan gerak politik dan budaya yang paling jujur dan mencabar. Semua teori yang kritikal bersifat ‘politik’ dalam erti kata lain, selalu berusaha untuk menguasai wacana. Secara sedar kaum feminis jelas mencuba untuk mendapatkan hak mereka pada kuasa wacana yang selama ini dipegang oleh lelaki. Apa pun strategi teori yang dapat digunakan bagi mencapai tujuan ini adalah bagi keuntungan mereka. Dengan alasan ini, teori kritikal feminis adalah satu mikrokosma seluruh alam teori, dalam mana perebutan kuasa berlanjutan tanpa akhirnya (selden, 1989: 157) Hal ini telah diperjelaskan lagi oleh Sohaimi Abdul Aziz, dalam artikelnya yang bertajuk Pandora dalam Tivi: Satu Kritikan Feminis. Menurut beliau, umumnya feminisme adalah unsur politik jantina yang bertujuan untuk menentang wacana lelaki yang disebut sebagai patriarki. Hakikat ini disenangi oleh Toril Moi :

The word “feminist” or “feminism” are political label indicating support for the aims of the women’s movement. “Feminism” then is a specific kind of political discourge; a theoritical and political practice committed to the struggle against patriarchy and sexism. (2014: 251)

Malahan wujud aktivis yang lebih berani dan ekstrem yang tidak menuntut persamaaan hak dengan lelaki tetapi menuntut persamaan seks dalam erti kata kepuasan seksual yang diperoleh daripada sesama perempuan iaitu lesbian. Perempuan tidak harus bergantung kepada lelaki dalam hal pemenuhan kepuasan kebendaan dan kepuasan seksual. Perempuan dapat merasakan kehangatan, kemesraan, dan kepuasan seksual daripada sesama perempuan. Kepuasan dari lelaki adalah masalah psikologis. Berdasarkan pemikiran inilah, mereka mengungkapkan bahawa lelaki adalah masalah bagi perempuan, lelaki selalu mengekplotasi fungsi reproduksi perempuan dengan berbagai dalih. Penindasan ras, warna kulit, perbudakan dapat segera dihentikan namun pemerasan seksual sukar dihentikan melainkan diperlakukan dengan gerakan yang lebih ekstrem. Mereka menganggap penguasan seksual lelaki terhadap perempuan secara total adalah penindasan yang melampau. Sebagai contoh, feminis radikal dapat dilihat dalam novel Ayu Utami yang memaparkan watak wanita yang tidak mempedulikan kesucian perawan yang telah dikongkong oleh pegangan sistem budaya dan agama dalam masyarakat patriarkal. Selain itu, sistem patriarki dalam hieraki sosial merupakan sistem yang memberikan lelaki kuasa superior dan privilege ekonomi. Dengan kata lain, ideologi patriarkal yang ditentang wanita dan ini adalah satu politik perjuangan yang berpanjangan dan semakin berani.
Kesimpulannya, teori feminisme radikal berpusat pada aspek biologis. Mereka berpendapat bahawa ketidakadilan gender disebabkan dari perbezaan biologis antara lelaki dan wanita itu sendiri. Maksudnya adalah perempuan terasa diekploitasi oleh kaum lelaki dalam hal-hal biologis yang dimiliki perempuan, misalnya peranan kehamilan dan keibuan yang selalu dipegang oleh perempuan. Oleh sebab itu kaum feminisme radikal sering menyerang institusi-institusi keluarga dan sistem partiarki yang mereka anggap adalah sumber penindasan. Mereka menganggap institusi-institusi tersebut adalah institusi yang melahirkan sistem dominasi lelaki sehingga wanita ditindas.
“Patriarki tidak hanya secara sejarah menjadi struktur dominasi dan kepatuhan wanita dan terus menjadi sistem organisasi yang paling kuat dan tahan lama, yang menjadi model dasar dominasi di tengah-tengah masyarakat” (Ritzer and Goodman, 2013:506).

Anggota feminisme radikal sangat menghindari institusi perkawinan tersebut. Mereka mempunyai tujuan yang harus dicapai iaitu mengakhiri sistem keluarga biologis.  Feminisme radikal cenderung membenci lelaki. Bahkan mereka menganggap perempuan boleh hidup mandiri tanpa kehadiran kaum lelaki. Feminisme radikal mencari cara untuk dapat mengalahkan sistem patriarki ini. Mereka berkeyakinan bahawa dengan mengetahui kelemahan perempuan dan mengatasi itu, maka sistem patriarki itu dapat dikalahkan. Salah satu cara kaum feminisme radikal adalah menjalin cinta lesbian.
Feminisme Lesbian sebagai aliran utama dalam feminisme radikal adalah praktik dan keyakinan bahawa komitmen erotis dan/atau emosional terhadap perempuan adalah bahagian dari perlawanan terhadap dominasi patriarkal (Ritzer and Goodman, 2013:508). Hubungan seks antara lelaki dan wanita dianggap sebagai penindasan kepada wanita. Hubungan itu pasti akan menimbulkan perbezaan peranan dan kelas-kelas dalam masyarakat. Kaum feminis radikal menganggap kehidupan lesbian dapat menjadi model dalam kehidupan yang adil dan setara. Selain menyerukan kehidupan lesbian, kaum feminisme juga menyerukan tentang kehidupan melajang dan menjanda.

 3.0  Sejarah kemunculan teori Feminisme di Barat.

 Lahirnya gerakan feminis yang dipelopori oleh kaum perempuan terbagi kepada tiga gelombang dan masing-masing memiliki gelombang yang sangat pesat. Diawali dengan kelahiran era pencerahan yang terjadi di Eropah, dipelopori oleh Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis de Condoracet. Trend ini muncul sejak pertengahan tahun 1970-an dimana aliran ini menawarkan ideologi ‘perjuangan separatisme perempuan’ atau dikenali sebagai universal sisterhood. Pada sejarahnya, aliran ini muncul sebagai reaksi kerana sexsisme atau dominasi sosial berdasarkan jenis kelamin di Barat pada tahun 1960-an, utamanya untuk melawan kekerasan seksual dan industri pornografi. Pada tahap pemulaan tulisan feminis moden tentang sastera, penekanan lebih berunsur politik dalam erti kata penulis lebih giat menyatakan perasaan marah mereka terhadap ketidakadilan dan keterlibatan dalam meninggikan kesedaran ‘politik’ kaum wanita tentang hakikat bahawa mereka ditindas oleh lelaki. Dunia kritikan sastera mula terasa bahang pada tahun 1960-an lagi. Pada ketika itu, kritikan feminis berada dalam gelombang pertama ekoran lahirnya tulisan yang terpengaruh seperti A Room of One’s Own (1977) oleh Virgina Woolf dan The Second Sex (1949) oleh Simone de Beauvoir. Kemudian muncul gelombang ke dua yang dikenali sebagai gainokritik. Gynocriticism secara etimologi adalah berasal daripada perkataan Perancis "la gynocritique". la satu teori yang khusus dirangka untuk digunakan bagi menerangkan dan menganalisis karya-karya tentang wanita yang dihasilkan oleh wanita. Karya-karya yang dihasilkan oleh wanita menjadi fokus penting. Dengan menerima wanita sebagai pengarang kepada karya-karya sastera yang dikaji, maka makna, tema, genre dan struktur karya sastera itu datang daripada wanita. Menurut Rosnah Baharudin(2003) dalam Wacana Wanita Melayu dan Sastera menjelaskan bahawa wanita sebagai “producer”. Jadi, apa-apa sahaja yang ditulis adalah tentang wanita dan daripada wanita. Perkara yang berkaitan dengan kreativiti, bahasa, sejarah sastera, pengarang dan hasilnya adalah berpaksi kepada wanita. Dengan kata lain, gainokritik bersifat “women-centered”.
Helena Cixious dalam eseinya yang bertajuk “The Lough of The Medusa” jelas memperlihatkan bahawa beliau cuba membawa kritikan feminis yang lebih berani kepada kritikan yang bersifat “women centred” yang tidak lagi dibelenggu oleh lelaki. Sekaligus membawa kelainan dan bersifat subversif iaitu meruntuhkan dan memporakperandakan segala tanggapan stereotaip terhadap wanita yang selama ini ‘terperangkap’ dalam dunia lelaki. Kemudian muncul gelombang ketiga iaitu feminis radikal.
Di Indonesia gerakan feminisme lebih dikenali sebagai emansipasi wanita. Tanggal 21 april, lahir Kartini yang dikenang oleh bangsa Indonesia sebagai wanita ‘pendobrak’ emansipasi wanita. Pada era Reformasi, gerakan feminisme menemui momentumnya untuk mengadakan perubahan di segala bidang termasuk dalam bidang relasi gender. Istilah ketimpangan gender pasti dikaitkan dengan keadaan perempuan yang terpuruk, tertinggal, tersubordinasi, dan sebagainya. Alasannya cukup logik. Jumlah wanita melebihi lelaki namun jumlah wanita yang terlibat di sektor awam jauh lebih rendah terutama dalam bidang politik. Oleh kerana itu, mainstream agenda feminis adalah bagaimana mewujudkan kesamaan gender secara kuantitatif iaitu lelaki dan wanita harus sama-sama berperanan baik di dalam rumah mahupun di luar (Siti Muslikhati, 2004:13). Di Indonesia gerakan feminis radikal dikatakan agak bergerak perlahan tidak seperti yang berlaku di Barat. Masyarakat Indonesia terlalu kuat memegang akar budaya dan adat terutamanya kuasa lelaki terhadap wanita adalah dianggap mutlak. Kekuasaan lelaki dalam sistem sosial masyarakat Indonesia dipandang tinggi dan digeruni. Oleh itu, agak sukar bagi aktivis yang memperjuangkan hak wanita untuk mengikis ideologi tersebut. Melalui medium sastera, karyawan bangkit untuk mencantas ideologi bahawa wanita adalah dibawah kekuasan adat dan budaya yang dimonopoli oleh lelaki dalam sistem patriarki. Bahkan lebih meluas lagi, gerakan ini bukan hanya menuntut hak kebebasan wanita tetapi lebih ‘radikal’ termasuklah kebebasan seks dan seksual. Gerakan ini dimulai oleh kaum wanita yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi, kehidupan mereka di Barat semasa menuntut telah banyak membuka mata mereka untuk turut membawa perubahan dan penentangan terhadap sistem sosial yang dianuti oleh masyarakat di tanah air. Malah lebih bersifat ‘terbuka’. Dengan kata mudah feminis radikal ialah satu gerakan penentangan wacana patriakal dengan menyuarakan isu seksual secara terbuka oleh wanita.
Hal ini demikian kerana, wanita sudah mula berani menyuarakan dan membicarakan ‘kekuasaan’ wanita terhadap lelaki melalui peranan seks, mengisahkan tentang hubungan seks bebas, kelakuan di ranjang, mengambarkan tekstur dan bentuk badan wanita secara terperinci dan mengairahkan, melanggar sistem perkahwinan, keperawanan seorang wanita tidak dipedulikan malah sehingga melakukan hubungan lesbian. Perkara seperti ini tidak lagi dianggap sensitif dan tidak perlu disembunyikan mahupun diselindungkan lagi. Maka, keperawanan tidak lagi menjadi mahkota wanita yang mencerminkan kesucian dan maruah. Mereka seolah-olah mengambarkan tubuh mereka di dalam tulisan seperti yang telah diperkatakan oleh Helene Cixious ‘meletakkan tubuh mereka ke dalam tulisan...’(selden, 1989: 155). Novel Pulang contohnya memperlihat bagaimana gambaran seorang wanita merangkap seorang anak perempuan yang menentang bapanya sendiri yang mewakili sistem patriarki. Malahan, pengarang dilihat bebas menyuarakan tentang kelakuan di ranjang tanpa perlukan wacana kiasan.

4.0  Sinopsis ringkas novel Pulang.

Novel ini mengisahkan kehidupan golongan para eksil politik yang ditahan dan diburu oleh pemerintah pada tahun 1968 kerana menganggap mereka adalah tokoh pengkhianat negara. Lima sekawan iaitu Dimas Suryo, Risjaf, Nugroho, Tjai merantau hingga ke Paris. Setelah merantau membawa diri, mereka membuka restoran masakan Indonesia iaitu Restoran Tanah Air. Hananto pula menetap di Indonesia kemudian diburu pihak penguasa sehingga hilang entah kemana. Novel ini juga mengimbau kembali kisah zaman muda watak-watak ini yang penuh dengan soal jatuh cinta, putus cinta, cinta tidak kesampaian, sesuai dengan kehidupan seseorang lelaki muda. Diceritakan juga bagaimana kehidupan keluarga mereka di Indonesia pada tahun 1968, ditahan dan diburu oleh pemerintah. Kemudian, setelah bertahun-tahun masing-masing menikah dan membujang sehingga anak-anak mereka membesar terutamanya Lintang Utara anak Dimas Suryo bersama wanita Perancis iaitu Vivience yang hidup di Perancis tetapi ingin sekali menikmati dan memahami tanah air bapanya iaitu Indonesia. Bimo, anak Nugroho dengan Rukimini, Kenanga, Bulan dan Alam anak Hananto bersama Surti dan Rama dan Andini anak Aji Suryo. Mereka bangkit pada tahun 1998 untuk membantah sistem pemerintahan Indonesia. Mereka membantu Lintang Utara untuk menghasilkan dekomentari berkenaan kehidupan eksil politik dan keluarganya.

5.0  Analisis unsur Feminisme Radikal dalam novel Pulang

 Terdapat beberapa unsur yang dapat dikenalpasti sebagai unsur feminisme radikal yang diperjuangkan oleh pengarang. Pertama ialah melalui medium bahasa. Pada tahun 1970-an kritikan feminis membawa suara baharu apabila bahasa diberi perhatian, bahasa tidak lagi dilihat bebas daripada pengaruh gender. Penulis wanita menulis dengan bahasa yang berbeza. Helena Cixious dalam The Laugh of the Medusa (1976) dan This Sex Which is Not One (1980) oleh Lucy Irigary telah menyatakan terdapat perbezaan antara wanita dengan lelaki dalam penggunaan bahasa. Oleh sebab bahasa mempunyai hubungan yang erat dengan seksualiti maka Cixious menggesa wanita kembali ke tubuh badan mereka untuk menulis (Suhaimi Aziz,2014:267). Maka mereka menyarankan agar penulis wanita menggunakan bahasa mereka sendiri untuk keluar daripada kekangan patriarki. Contohnya, Ayu Utami memilih kata-kata yang vulgar (kasar/kesat) kerana menurutnya dia ingin membebaskan bahasa Indonesia dari eufimisme (penghalusan kata) yang berlebihan. Penghalusan kata yang berlebihan ini akan menyebabkan makna sebenar yang ingin disampaikan oleh pengarang seolah tersekat dan tidak bebas. Penulis wanita yang membawa fahaman radikal ini lebih cenderung untuk menulis secara kesat dan kasar supaya maknanya tepat dan bebas daripada pengaruh terutamanya pengaruh gender. Hal ini demikian kerana seorang wanita secara patriarkal tidak dibenarkan bercakap kasar, kesat mahupun lucah kerana golongan wanita ini berada di bawah pengaruh adat budaya yang sudah tentu kepala adat dipegang oleh lelaki. Adat ini menekan golongan wanita supaya bertindak sopan, lemah lembut dan berbicara perihal yang baik-baik sahaja. Namun, dalam novel Pulang dapat dilihat bahawa pengarang masih lagi mengunakan bahasa yang manis dan sopan secara keseluruhannya sesuai dengan pembawaan seorang wanita tetapi apabila mengutarakan tentang permulaan berlakunya seks di ranjang contohnya pengarang mula ‘terbuka’ membicarakan hal tersebut tanpa kiasan.
“Akhirnya ku tutup bibirnya dengan bibirku. Dan tanpa kopi luwak, kami mengalami pencapaian orgasmik melalui ciuman yang tak henti-henti” hlm 15.

“Ke lekuk dadanya. Ke putingnya yang tegang. Ketika Surti mengeluarkan suara nafas tertahan, aku tak ingin dan tak bisa berhenti. Jika Risjaf menuntut ikan pindang serani pelipur lara itu, aku akan mengatakan ada guncangan gempa bumi yang merontokkan dapur kami. Ku angkat Surti ke atas meja dapur. Seluruh tubuhku sudah tertanam ke dalam tubuhnya. Selama-lamanya” hlm 61

“Masih ada waktukah untuk... Membuatmu tidak tegang?” hlm 253


Malahan, pengarang mengunakan bahasa yang cukup terbuka untuk mengambarkan tentang bentuk badan wanita. Contohnya :
“Aku tak tahu apakah Vivienne menyadari betapa aku tak tenang melihat putingnya yang menonjol di balik T-shirt itu”. Hlm 27

Pengarang bersikap lebih radikal apabila mengambarkan lelaki yang dianggap ‘kuat’ dalam segala hal akhirnya tewas dalam pelukan wanita hanya dengan kuasa tubuh badan wanita dengan mengunakan bahasa yang cukup ringkas dan terbuka. Contohnya :

“Ku ambil dagunya dan kubenamkan bibirku selama-lamanya. Sukar untuk menahan ketegangan tubuh ini. Bibir Surti begitu empuk dan manis seperti es krim Baltik. Sulit pula untuk berhenti menanamkan lidahku ke segala lekuk tubuhnya. Ke lekuk dadanya. Ke putingnya yang tegang. Ketika Surti mengeluarkan suara nafas tertahan, aku tak ingin dan tak bisa berhenti. Jika Risjaf menuntut ikan pindang serani pelipur lara itu, aku akan mengatakan ada guncangan gempa bumi yang merontokkan dapur kami. Ku angkat Surti ke atas meja dapur. Seluruh tubuhku sudah tertanam ke dalam tubuhnya. Selama-lamanya” hlm 61.

Pengarang telah mengarapkan watak lelaki iaitu Dimas Suryo seorang eksil politik yang gagah perkasa dan berani menentang pemerintah Indonesia yang korup sehingga beliau diburu oleh pihak berkuasa. Keberanian dan kekuatan lelaki yang diwakili oleh Dimas Suryo akhirnya tewas hanya kerana menatap bibir empuk milik seorang wanita iaitu Surti. Betapa rendahnya jiwa seorang lelaki digambarkan hanya dapat dibeli dengan keempukkan bibir manis seorang wanita sehingga golongan lelaki ini tertewas dalam pelukan wanita. Maknanya, penentangan wanita terhadap lelaki tidak memerlukan demontrasi besar-besaran mahupun senjata canggih tetapi hanya dengan bibir wanita sahaja lelaki sudah menunduk, tertunduk dan terpuruk ke dasar lebih hina.
Malahan, kekuatan seseorang lelaki yang diwakili oleh Dimas Suryo dipandang rendah oleh wanita apabila pengarang mengambarkan lelaki yang kuat tenaga dan semangatnya kental melawan pemerintah serta banyak menyimpan sejarah Indonesia juga tewas hanya kerana pujuk rayu dan kecantikan seorang wanita. Malahan Dimas Suryo sanggup membuka rahsia sejarah politik Indonesia dan sejarah hidupnya yang sekian lama tersimpan rapi kerana hanya disebabkan oleh godaan dan pujuk rayu seorang wanita. Kecantikan tubuh badan dan sifat wanita itu sahaja mampu menewaskan lelaki yang kuat seperti Dimas Suryo, seorang eksil politik yang berjiwa kental juga turut tertewas dengan mudah.
Contohnya :
“Aku menyentuh bibirnya sekilas. Kulihat sepasang mata hijau yang menyala dengan hasrat. Dia kemudian menarikku dan kami berciuman begitu panjang. Aku merasa Vivienne sudah memasuki seluruh hatiku, pori-poriku, dan jantungku. Kalaupun aku diam, aku tahu, Vivienne sudah bisa merangkap rasa pahit darah dan liurku. Dan pada saat itulah, aku tahu, aku ingin merelakan Vivienne perlahan menguak tirai hitam sejarahku” hlm 21

Hal ini menunjukkan bahawa kuasa wanita membatasi lelaki hanya dengan pemilikan tubuh badan. Wanita yang sekian lama dianggap sterotaip oleh lelaki iaitu wanita adalah insan yang lemah nyata telah diputarbalikkan oleh pengarang. Walaupun lelaki mempunyai kekuatan fizikal sehingga mampu bekerja berat, berperang mengangkat senjata, berbunuhan sekalipun akhirnya tertewas dengan hanya menatap liuk lentuk badan wanita. Malah, hanya kerana mata dan bibir sahaja wanita mampu menewaskan kekuasaan lelaki.
Seterusnya, pengarang melukiskan watak wanita yang moden dan berfikiran terbuka serta bebas. Pengarang mengekplotasi bagaimana seorang wanita berdarah Asia (Indonesia) yang terpengaruh dengan budaya barat (Paris). Lintang Utara mewakili wanita berdarah Asia tidak memegang ideologi patriarki bahawa keperawaan seseorang wanita itu berhubungkait dengan kesucian maruah wanita dan keluarga. Hal ini dapat dilihat apabila Lintang Utara bebas melakukan seks dengan lelaki yang disukainya iaitu Nara dan Alam tanpa segan silu. Dalam masyarakat patriakal persoalan tentang keperawanan wanita itu sangat penting. Keperawanan wanita adalah lambang kesuciannya kerana bebas dinodai oleh lelaki. Wanita yang masih belum berkahwin dianggap masih perawan, hanya dengan perkahwinan yang sah sahaja keperawanan wanita itu layak diserahkan kepada lelaki. Namun, Lintang Utara dengan bebas menyerahkan mahkotanya untuk diratah oleh kekasihnya Nara. Contohnya halaman 282:
“Mereka menyalakan musik sekencang-kencangnya agar tetangga mereka, yang hanya dibatasi tembok tipis, tak terganggu oleh bunyi berisik repetitif dari pasangan yang sedang bergelojak ini”

Lebih teruk lagi apabila pengarang melukiskan watak Lintang Utara yang tidak terlalu setia pada seorang kekasih sahaja walhal lelaki tersebut menyerahkan seluruh jiwa dan raga serta cinta padanya. Bagi Nara, tidak akan ada wanita lain yang dapat mengantikan cintanya terhadap Lintang Utara. Tetapi, Lintang Utara mewakili ideologi feminis radikal seorang yang tidak peduli kepada soal kesetiaan pada kekasih terutamanya lelaki. Hal ini demikian kerana, Lintang Utara dengan mudah tertarik dan tertawan pada lelaki lain malah melakukan hubungan seks seperti sepasang kekasih yang saling memendam rindu dan cinta tanpa memikirkan tentang cintanya terhadap kekasihnya iaitu Nara. Hal ini juga berlaku terhadap Dimas Suryo, beliau separuh mati mencintai Surti namun Surti menikahi Hananto, rakan baik Dimas Suryo sendiri tanpa sebab. Malah, Rukimini juga menolak cinta Risjaf dengan cara berkencan dan menikah dengan Nugroho. Disini jelas pengarang memijak lumat hati lelaki lantas mencampaknya ke dasar gaung yang paling dalam. Jelas bahawa golongan feminis radikal membawa masuk ideologi wanita yang tidak memperdulikan soal hati dan perasaan lelaki malah perasaannya sendiri. Nilai kesetiaan tidak menjadi keutamaan dan pengikat antara wanita dengan lelaki. Malah mereka bebas untuk memilih bercinta dan menikah dengan sesiapapun yang mereka kehendaki. Dengan kata mudah, perasaan, jiwa dan cinta lelaki dengan mudah dipermainkan begitu sahaja oleh wanita yang selama ini dianggap lemah dari segi fizikal dan juga emosi. Digambarkan watak-watak lelaki menderita setelah cinta mereka ditolak dan dipermainkan sehingga mereka merasa tertekan dan kecewa pada dasar yang paling dalam. Disamping itu, kebebasan wanita melakukan seks ini dapat dikenalpasti apabila Lintang melakukan hubungan seks dengan Alam, anak Surti kekasih bapanya. Contohnya:
“Aku melompat dan memeluk Alam begitu erat dan entah bagaimana tiba-tiba aku sudah menciumnya, mencium bibirnya, mendorong tubuhnya agar melekat pada dinding kamarnya. Entah bagaimana dia segera membalas itu semua dengan semangat yang sungguh menggebu,menciumku, merobek blus sehingga kancing-kancing itu bertaburan dan giliran dia yang menekan tubuhku ke dinding. Kami tak sempat lagi saling melucuti seluruh baju, karena segala hasrat terlalu lama ditahan...” hlm 406.

Justeru, institusi perkahwinan juga didobrak oleh pengarang. Ikatan perkahwinan tidak lagi dipandang perlu dan penting untuk meneruskan kelangsungan hidup. Malah perkahwinan akan meletakkan wanita di dalam ‘penjara’ yang tidak berdinding seperti kejadian yang berlaku terhadap Surti apabila kehilangan Hananto. Surti dianggap digantung tanpa bertali, ini kerana Hananto meninggalkan Surti tanpa jejak dan ungkapan cerai sehingga ikatan perkahwinan Hananto dan Surti ‘tergantung’ sehingga tua disebabkan oleh adanya sistem yang mengikat wanita iaitu perkahwinan. Malahan, perkahwinan juga tidak digambarkan sebagai sistem yang kukuh kerana Vivienne yang berkahwin dengan Dimas Suryo juga bercerai kerana tidak sefahaman lagi. Vivienne menganggap Dimas Suryo masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Surti. Jadinya, golongan feminis radikal ini ingin bebas daripada kekangan ini, satu ikatan yang akan memaksa mereka akur pada kuasa lelaki. Tambahan pula, feminis radikal menyeru wanita supaya melanjang dan menjanda. Disamping itu, feminis radikal cenderung membenci lelaki. Bahkan mereka menganggap perempuan boleh hidup mandiri tanpa kehadiran kaum lelaki. Feminisme radikal mencari cara untuk dapat mengalahkan sistem patriarki ini. Dalam karya ini juga menunjukkan unsur feminis radikal apabila Surti dan Vivienne sanggup hidup mandiri setelah kehilangan suami dengan cara menjanda. Ini demikian kerana, feminis radikal menganggap perkahwinan satu sistem perhambaan lelaki terhadap wanita. Oleh sebab perkahwinan sudah tidak bererti maka wanita boleh bertindak mengikut kehendak nafsunya dan bebas menyerahkan keperawanan kepada sesiapapun.
Ideoogi patriarkal semakin terasa digugat dan diserang oleh feminime radikal apabila kedudukan lelaki di dalam novel ini terus dijungkirbalikkan oleh wanita. Malah watak wanita diangkat menjadi watak yang benar-benar superior dan mampu mengalahkan kuasa lelaki. Dalam novel ini pengarang meletakan watak wanita yang mandiri, berani berdikari dan bijak membuat keputusan iaitu Lintang Utara. Lintang Utara berani membuat keputusan untuk pulang ke Indonesia bertujuan untuk merakam kehidupan para eksil politik untuk dijadikan sebuah dekomentari. Apabila diteliti, watak ini sebenarnya menghina watak lelaki yang dianggap jaguhan iaitu Dimas Suryo dan rakan-rakan. Dimas Suryo dan rakan-rakan tidak berani untuk pulang ke kampung halamannya di Indonesia walaupun mendengar perkhabaran bahawa rakan mereka, Hananto menghilang dan Surti bersama anak-anak ditahan di dalam penjara. Setelah 10 tahun kejadian itu berlaku, mereka juga masih tidak berani untuk pulang ke negara Indonesia. Amat memalukan, sebagai seorang lelaki dan para eksil politik yang dianggap jaguh, pahlawan dan wira ini tidak berani bertindak untuk mencari jalan penyelesaian. Disamping itu, watak Rama juga mengambarkan betapa seorang lelaki itu lemah dan tidak berani bersuara. Rama enggan mengunakan nama ayahnya daripada keluarga Suryo, keluarga eksil politik yang diburu. Malah lebih memalukan apabila Rama tidak berani mengaku di hadapan ayah kekasihnya bahawa dia adalah berasal daripada salah seorang ahli kelurga eksil politik kerana khuatir hubungan dia dengan anak perempuan, lelaki berkuasa di Indonesia itu tidak direstui. Namun sebaliknya terjadi, apabila Lintang Utara dengan lantang sekali bersuara menegakkan nama ayahnya iaitu Dimas Suryo dan Restoran Tanah Air di hadapan keluarga tersebut. Lebih tragis, maruah lelaki terus dipijak oleh wanita apabila pengarang menterbalikkan sifat yang harus ada pada seorang lelaki sebenarnya tetapi ada dalam diri wanita yang selalunya dianggap lemah. Malah sifat kejantan itu tidak ada pula dalam diri seorang lelaki. Contohnya, pengarang mencipta watak Surti yang cekal mengharungi hidup di dalam tahanan bersama anak-anak. Mereka melihat pembunuhan dan penyeksaan terhadap para eksil politik dan keluarga. Malahan anaknya sendiri iaitu Kenanga diarah untuk menyucikan darah di lantai penjara. Jelas menunjukkan bahawa wanita lebih berani daripada lelaki yang lebih memilih untuk lari meninggalkan negara apabila diburu dan tidak berani pulang. Malahan segala sengsara diburu ditanggung oleh wanita dengan tabah. Sekali lagi maruah lelaki tercemar ditangan seorang pengarang wanita. Tidak kurang juga apabila pengarang terus menyerang sistem patriarkal bahawa tempat selayaknya bagi wanita adalah di dapur, menguruskan anak dan menjaga makan minum keluarga. Tetapi di dalam novel ini, pengarang meletakkan lelaki sebagai petugas yang memikul tanggungjawab tersebut walaupun selama ini dianggap sebagai tugas seorang wanita. Sekali lagi, sistem patriarkal dilanyak lumat oleh pengarang. Contohnya jelas apabila Dimas Suryo yang bertangungjawab membesarkan anak, menyediakan sarapan untuk isteri dan anak perempuan malahan memasak di dapur Restoran Tanah Air.


6.0 Kesimpulan

 Secara keseluruhannya, pengarang bebas untuk menyuarakan kejujuran tentang seks dan mengambarkan adegan seks dengan mengunakan bahasa wanita itu sendiri. Adegan seks dilukis dengan bahasa yang mudah difahami dan tidak berlapik. Wanita sudah tidak segan silu melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki malah perasaan lelaki juga dipermainkan dengan mudah. Disamping itu, maruah lelaki dan sistem patriarkal telah berjaya dicungkirbalikan oleh pengarang wanita. Novel ini jelas menunjukkan bahawa gerakan feminis untuk menuntut hak sama rata dengan lelaki berjaya dibawa oleh golongan feminis radikal dengan mengunakan tubuh badan mereka. Tubuh badan wanita digambarkan telah berjaya menundukkan keegoan dan kekuatan seorang lelaki yang selalunya dianggap jaguh. Kelemahan lelaki telah diselongkar satu persatu oleh pengarang di dalam novel ini.
Kegiatan feminisme bukan hanya melanda Eropah dan Indonesia, malahan turut berlaku di Tanah Melayu. Buktinya, lahir karya yang menuntut emansipasi wanita pada era kemunculan penulis moden iaitu Iakah Salmah, Hikayat Faridah Hanum dan sebagainya. Rata-rata mengambarkan bagaimana wanita moden bangkit untuk menentang sistem patriarki dan menuntut kesamarataan hak dengan lelaki dari segi kebebasan bersuara, hak mendapat pendidikan dan sebagainya. Kebangkitan golongan feminis radikal ini telah mencoret sejarah apabila wanita zaman kini tidak lagi menjadi tenaga domestik yang menguruskan perihal rumahtangga semata. Mereka sudah berani duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki malah menjadi salah satu tenaga kerja dalam pelbagai sektor.
Namun, feminisme radikal ini banyak dikritik kerana dianggap terlalu ekstrem. Dikatakan bahawa teori feminisme radikal terlalu tertumpu pada orientasi biologis dan lupa bahawa ada pengaruh azali dalam pembentukan konsep gender. Hal ini tentunya tidak sesuai dengan kenyataan yang ada kerana kewujudan golongan lelaki tetap diperlukan dalam segala aspek kehidupan untuk menghidupkan keseimbangan sosial. Selain itu, fenomena-fenomena alam yang terjadi selalu menunjukkan bahawa adanya keseimbangan antara maskulin dan feminis. Selain itu teori ini tidak sesuai dengan kenyataan, lembaga perkahwinan sudah ada sejak manusia diciptakan sehingga mustahil untuk menerapkan teori ini yang bertujuan untuk menghilangkan institusi keluarga. Malahan para wanita lesbian dianggap sebagai kaum minoriti dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, adat dan budaya boleh diubah namun janganlah sehingga menghilangkan jati diri, identiti, nilai bangsa dan mengetepikan nilai agama.















Rujukan


Barbara A Crow, 2000. A Radical Feminisme;Documentary of reader. New York : New   York University Press.
Chris Beasley, 1999. What is Feminisme? An introduction to feminist theory. Australia : SAGE
Deborah L. Madsen, 2000 . Feminist Theory ang Literary Practice. London : Pluto Press
Ekarini Saraswati, 1993. Sosiologi Sastra; Sebuah Pemahaman Awal. Malang : UUM Press dan Bayu Media
Leila s. Chudori, 2003. Pulang. Jakarta : KPG (Kepustakaan Populer Gramedia).
Raman Selden, 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sara Ahmed, 1998. Differences That Matter; Feminist Theory and Postmodernism. London : Cambridge University Press.
Siti Muslikhati, 2004. Feminisme dan Pemberdayaan Perempuan dalam Timbangan Islam. Jakarta : Gema Insani Press.
Siti Khairiah binti Muhd Zubir, 2004. Citra wanita dalam novel-novel Melayu daripada perspektif pengarang Wanita. Selangor : UPM.
Sohaimi Abdul Aziz, 2014. Teori dan kritikan sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sumber Internet.


KAJIAN OLEH ROSLINDA ABDUL RASHID (SARJANA SASTERA USM, PENANG)

KEUNIKAN PUISI GITANJALI OLEH RABINDRATH TAGORE

Mukadimah

Secara ringkas wacana ini membicarakan tentang pengaruh falsafah Vedik dan Upanishad dalam kepercayaan penganut Hindu yang digubah oleh Tagore di dalam karyanya yang bertajuk Gitanjali. Diksi yang begitu puitis didalam Gitanjali dilihat sangat indah meliputi gambaran alam seperti bunga, nyanyian burung, awam, pergunungan, cahaya, hembusan angin, langit biru, matahari hingga ke dunia asing. Masing-masing memainkan peranan di dalam menyampaikan rayuan, rintihan, hasrat disaluti kesyukuran dalam usaha mencapai cinta hakiki. Gitanjali atau Song of Offering, dipenuhi dengan kebeningan rentak irama, kelunakan warna yang tidak mungkin dapat diterjemahkan melalui gubahan kata-kata yang bermatra. Melalui Gitanjali, Tagore memikirkan tentang suatu alam penyatuan yang diimpikan sepanjang hidup dan bukannya kemewahan harta duniawi semata-mata. Gitanjali seumpama lirik-lirik lagu merdu buat kekasih yang dicari namun tidak kunjung tiba. Gitanjali juga mengambarkan konflik manusia tidak dapat mengelak daripada kelalaian nafsu terhadap dunia sehingga kewujudan Tuhan tidak dirasai malah makin menjauh.            
Kesedihan, kegelisahan, kekosongan jiwa makin mencengkam lahir dalam jiwa dan jasad yang jauh daripada kasih sayang Tuhan, ia berhubung rapat dengan psikologi manusia. Lirik-lirik bermatra tersebut berjaya membina sebuah karya berbudaya agung tetapi tetap kelihatan semulajadi seperti rumput rampai dan pepohonan tumbuh di bumi untuk memuji kekuasaan Tuhan, begitu juga manusia yang kerdil di dunia yang berkuasa adalah Tuhan. Suatu tradisi dimana puisi dan agama tidak ada bezanya telah terwaris turun-temurun, semuanya telah digabungkan oleh Tagore di dalam Gitanjali. Keseluruhannya, Gitanjali ini meliputi pandangan mistik terhadap dunia dan kehidupan iaitu merangkumi hubungan manusia dengan Tuhan dan alam yang berkonsepkan Brahman dan Atman didalam kitab Upanishad yang dianuti oleh penganut Hindu.
Rabindranath Tagore lahir di Jorasanko Kolkata, India pada 7 Mei 1941 juga dikenali dengan nama Gurudev, adalah seorang pemimpin Brahman Samaj, penyair, pemuzik, cerpenis, novelis, penulis drama, komposer dan juga seorang pelukis Bengali yang berbakat besar. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat belas bersaudara, Debendranath Tagore dan pasangannya Sarada Dewi-seorang peminat muzik dan tarian. Pada tanggal 14 November 1913, beliau memenangi Anugerah Nobel dalam bidang Kesusasteraan, satu-satunya pemenang dari Benua Asia. Menurut Akedemi Sweden sebagai penyelenggara, Tagore memenangi Anugerah Novel berkat idealisme dalam berkarya dan kehebatan karya-karyanya yang telah diterjemah ke bahasa Inggeris yang mudah difahami dan diterima oleh pembaca di Barat, termasuklah diantaranya Gitanjali : Song of Offering yang dikarang pada tahun 1912.
Gitanjali adalah koleksi 103 puisi-puisi Inggeris sebahagiannya Bengali yang diterjemahkan oleh Tagore. Perkataan “git” bermakna lagu dan “anjali” bermakna persembahan. Gitanjali adalah sebuah puisi yang bermaksud “lagu persembahan untuk Tuhan”. Puisi bermatra pujangga ini sering dikaitkan dengan hubungan diantara penyair, dewa, dan dunia kadang-kadang menentang agama tradisional dan melihat kearah kerohanian baru, beliau cenderung mengkritik mereka yang memuja patung-patung. Malahan melalui puisi ini, beliau juga telah mengkritik golongan agamawan yang tidak ikhlas menjalankan ibadat, menindas, tamak dan haloba. Gitanjali menyerupai sebuah puisi mistik kerohanian. Lagu persembahan buat Tuhan ini adalah cetusan sensitiviti Tagore akibat kesedihan setelah kematian ahli keluarga, anak-anak, isteri dan ibunya serta kemarahannya terhadap bencana alam akibat ketamakan manusia sehingga mengorbankan banyak nyawa. Perperangan juga mengoncang sanubari Tagore lantas terhasilnya sebuah puisi seumpama lirik lagu buat Tuhan iaitu Gitanjali. Tagore telah mengembara keserata dunia semasa hayatnya, untuk bergaul sesama manusia dalam proses mencari dan membentuk jati diri.
 Keseluruhannya mengisahkan onak dan duri seorang hamba yang sedang berusaha untuk mengapai Tuhan melalui kesedaran, kegembiraan, mensyukuri nikmat dan penyerahan atma dan jasad kepada Tuhan Pemilik Alam. Dengan kata mudah, puisi ini memberi penekanan terhadap idea Tagore tentang Tuhan dan matlamat hidupnya untuk menyatukan diri dengan Tuhan. Khususnya ia mengenai perhubungan kerohanian antara ‘aku’ yang tengelam dalam Tuhan. Dapat dilihat sebagaimana ‘aku’ mendekati Tuhannya secara kerohanian dengan pelbagai kaedah. Idealisme Tagore didalam puisi ini dipengaruhi oleh tradisi asal agama Hindu iaitu Brahmanisme dan kitab Upanishad. Upanishad adalah kumpulan teks yang mengandungi beberapa konsep pusat falsafah Hindu, Buddha dan Jainisme. Upanishad dianggap oleh penganut Hindu mengandungi ucapan-ucapan suci mengenai sifat kekal Brahman dan mengambarkan watak manusia serta perjalanan kepada Tuhan iaitu mencapai Moksa atau Mukti. Berdasarkan itu, ucapan-ucapan suci itu diadun oleh Tagore di dalam Gitanjali, manusia digambarkan oleh Tagore dicipta dan akhirnya akan dikembalikan dan bersatu kepada Tuhan Pencipta Alam Semesta.
  Upanishad adalah biasanya dirujuk sebagai Vedanta, yang ditafsirkan untuk membawa maksud sama ada bab yang terakhir bahagian Veda atau tujuan tertinggi Veda’. Konsep Brahman(Ultimate Reality) dan Atman(Soul,Self ) adalah idea-idea utama dalam semua Upanishad dan mengetahui atma penganutnya adalah tumpuan tematiknya. Upanishad adalah asas kepada pemikiran falsafah Hindu dan pelbagai tradisi daripada corpus Veda, secara meluas telah dikenali, diamalkan, dan idea-idea di dalam Upanishad adalah teras rohani penganut Hindu.
Di dalam Gitanjali, semasa hidup di dunia manusia diisi dengan kehidupan dunia yang penuh pancaroba semuanya telah ditentukan oleh Tuhan. Kehidupan itu akan sentiasa berubah berikutan psikologi atau disebut sebagai keperibadian manusia yang berbeza-beza:
Thou hast made me endless,
Such is thy pleasure
This frail vessel thou emptiest again and again
And fillest it ever with fresh life.

... Ages pass, and still thou pourest,
And still there is room to fill
(Tagore, 1:1)


Keperibadian manusia dipengaruhi oleh faktor turunan dan faktor lingkungan. Faktor turunan adalah faktor dalaman manusia yang seringkali dikaitkan dengan pembentukan daripada Tuhan. Faktor lingkungan banyak berbicara soal hal-hal yang terjadi secara luaran ketika manusia itu hidup seperti persekitaran, sosial, pengaruh dan sebagainya. Tagore melukiskan keperibadian manusia yang sentiasa mencari kekayaan dan kekuasaan untuk menguasai dunia. Tanpa menyedari kemewahan dan harta benda akan menjadi jurang yang memisahkan manusia dengan Tuhan. Tagore menyifatkan material dan kebendaan bukannya bersifat abadi. Keistimewaan manusia yang mampu memiliki kehebatan, kekuasaan dan kelebihan keduniaan akan menjadikan manusia terkurung didalam jiwa yang angkuh dan sombong kerana keistimewaan dan kekuasaan manusia itu adalah terhad, dan itu adalah kurniaan Tuhan bukannya berasal daripada manusia. Kehidupan yang sederhana dan jujur memandu manusia memperoleh kenikmatan kebahagiaan di dunia:
My song has put her adornment. She has no pride of dress and decoration.
Ornaments would mar our union; the would come between thee and me;
Their jingling would drown thy whispers
My poet’s vanity dies in shame before sight.
O master poet, I have sat down at thy feet.
(Tagore,7:1,2)

“it was I,” said the prisoner, “who forged this chain very carefully.
I thought my invincible power would hold the world captive leaving me in a freedom undisturbed. Thus night and day I worked at the chain with huge fires and cruel hard strokes. Whwn at last the work was done and the links were complete and unbreakable,
I found that it held me in its grip”.
(Tagore,31:4)


Di dalam ajaran Hindu, penganutnya percaya bahawa Tuhan sentiasa ada buat hambanya yang berada dalam kemiskinan, terhina dan dilupakan. Semuanya terkandung didalam kitab Upanishad. Penyatuan mencapai Moksha dapat dicapai melalui jiwa yang suci dan jiwa mereka akan melalui jalan yang selamat untuk menuju menemui dan bersatu dengan Tuhan. Keangkuhan akan membatasi diri dan hati manusia untuk sujud kepada Tuhan yang sentiasa ada bagi orang-orang yang menderita kepayahan dan orang-orang yang bekerja keras. Kehadiran nikmat dan kebahagian Tuhan bukan mudah untuk diperoleh, manusia akan sentiasa dibaluti kelalaian dan kealpaan dalam arus dunia yang melekakan. Nikmat Tuhan itu akan menyelamatkan manusia daripada gelojoh nafsu dan kelalaian namun belum juga diketemui bagi jiwa-jiwa yang kotor.


If I call not thee in my prayers,
If I keep not thee in my heart
Thy love for me still waits for my love
(Tagore,32:3)

Bertemu kesengsaraan, kelalaian, kesedihan dan kegundahan jiwa manusia dengan Tuhan ditangkap indah didalam puisi ini. Manusia terlalu taksub dengan nikmat keduniaan akhirnya mereka terperangkap di dalam kesibukan dunia, kesengsaraan dan himpitan kealpaan menjadikan manusia gundah gelana dan menderita. Penyerahan jiwa dan jasad kepada Tuhan akan menyelamatkan mereka daripada kesengsaraa dan penderitaan itu malah memacu mereka ke jalan yang benar, malangnya manusia sentiasa terlepas peluang itu:

There are times when I languidly linger and times
when I awaken and hurry in search of my goal;
but cruely thou hidest thyself from before me
(Tagore,14:3)
I keep gazing on the far away gloom of the sky,
And my heart wanders wailing with the restless wind
(Tagore,18:4)
He came and sat by my side but I woke not
What a cursed sleep it was, o miserable me!
(Tagore, 26:1)

He whom I enclose with my name is weeping in this dungeon.
im ever busy building this wall all around;
and as this wall goes up into the sky day by day.
i lose sight of my true being in its dark shadow
(Tagore,29:1)


Hati yang bersih setelah melalui pembersihan atma dengan mendekati diri kepada Tuhan juga memudahkan manusia mecapai kebahagiaan. Puji-pujian Tagore buat Tuhan berselaput kegembiraan dan kesyukuran yang tiada berbelah bagi untuk memupuk cinta dan bersatu dengan Tuhan dengan pengunaan diksi yang begitu lunak dan mengasyikan:
All that is harsh and dissonant in my life melts into one sweet harmony
And my adoration spreads wings like a glad bird on its flight across the sea

I know thou takest pleasure in my singing
I know that only as a singer I come before thy presence
(Tagore,2:2)

Tagore membentangkan ikrar sumpah janji untuk mencapai dan memenuhi hasratnya yang besar terhadap Tuhan dengan menyerahkan nyawa dan jasad sepenuhnya untuk ditakdirkan perjalanan hidupnya. Pengharapan Tagore untuk bersatu bersama Tuhan dengan berusaha untuk mengubah diri dengan bertingkah laku, keinsafan dan mengakui kelemahan :
My heart longs to join in thy song,
But vainly sruggles for a voice
I would speak, but speech breaks not into song
And I cry out baffled
Ah, thou hast : made my heart captive in the endless meshes of thy music
My master!
(Tagore,3:3)
Life of my life,
I shall ever try to keep my body pure,
knowing that thy living touch is upon all my limbs
(Tagore,4:4)

Give me the strength lightly to bear my joys and sorrows.
(Tagore,36:2)


Cara hidup yang mulia pasti akan dibatasi dengan pergelutan dan cabaran dalam kancah dunia, manusia akan dihadiri cabaran dalam kehidupan yang menguji keteguhan jiwa. Kebahagiaan itu akan tercapai apabila manusia dapat menempuhi cabaran dan dugaan di dunia. Kebahagian akan hadir dengan kasih yang kudus. Kebahagiaan tidak akan meresap dalam jiwa yang kotor dan gelap dan mereka akan terus berada di dalam kegelapan.

All thing rush on,
they stop not,
 they look not behind,
no power can hold them back,
hey rush on
(Tagore,70:2)

I feel my limbs are made glorious by the touch of this world of life
And my pride is from the life-throb of ages dancing in my blood this moment

(Tagore,69:4)
Penantian demi penantian yang tidak kunjung tiba dinanti dengan penuh kesabaran, sentiasa hidup di dalam pengharapan yang mengunung dengan yakin bahawa penantian itu akan menemui pengakhiran.
I live in hope of meeting with him;
But this meeting is not yet
(Tagore, 13,7)

I am only waiting for love to give myself up at last into his hands.
That is why it is so late and why l have been guilty of such omissions.

(Tagore,17:1)

If thou speakest not I will fill my heart with thy silence and endure it.
I will keep still and wait like the night with starry vigil and its head bent low with patience.
(Tagore,19:1)

Lirik puisi yang begitu tulus dan membuka pintu-pintu ruang dalaman dan rindu untuk ketuhanan: 
I ask for a moment’s indulgence to sit by thy side
The works that I have in hand I will finish afterwards
Away from the sight of thy face my heart knows no rest nor respite
And my work becomes an endless toil in a shoreless
Sea a toil
Now time to seat quite, face to face with thee, and to sing dedication of life in this silent and overflowiing leisure
(Tagore,5:1,2,3)

Permohonan untuk bertemu Tuhan dan memohon keampunan:
I ask for a moment’s indulgance to sit by thy side
The works that I have in hand I will finish afterwards
Away from the sight of thy face my heart knows no rest nor respite,
And my work becomes an endless toil in a shoreless sea of toil
(Tagore,5:1,2)


Setelah penyucian atma dan jasad daripada kegelapan dengan nikmat duniawi, Tagore memohon kesediaan untuk pertemuan hakiki:
My whole body and my limbs have thrilled with his touch who is beyond touch
And if the end comes here
Let it come
Let this be my parting word
(Tagore,96:4)
Pertemuaan yang menghairahkan atau dikenali sebagai penyatuan pada peringkat Moksha iaitu pertemuan diantara Tuhan dengan manusia. Penyatuan ini menjadi impian setiap penganut agama Hindu bagi pengakhiran hidup mereka:

At last, when I woke from my slumber and opened my eyes,
I saw thee standing by me
Flooding my sleep with thy smile
How I had feared that the path was long and wearisome
And the struggle to reach thee was hard!
(Tagore,48:5)

The morning light has flooded my.
Eyes-this is thy massage to my heart.
Thy face is bent from above,
Thy look down on my eyes,
And my heart has touched thy feet.
(Tagore,58:2)


Kebahagiaan sejati digambarkan oleh tagore melalui keindahan cahaya yang menerangi hidup,angin yang bertiup lembut,pantai, langit, kupu-kupu, seroja dan melati. Semuanya tergambar indah dan mengasyikan:
Ah, the light dance, my darling, at the centre of my life
The light strikes, my darling, the chords of my love
The sky opens, the wind runs wild, laughter passes over the earth
(Tagore,57:2)

Kepuasan dan kegembiraan apabila dapat menikmati pertemuan dengan Tuhan. Lebih dimakna sebagai perolehan hidayah atau penyatuan jiwa dan jasad dengan semangat Tuhan. Tagore merasai ketenangan dan kenikmatan jiwa yang sangat membahagiakan.
Penyerahan jiwa raga manusia buat penghabisan untuk mencapai Samsara:
Will be my last gift to thee
My God
Folded in my final song
(Tagore,66:1)
In pleasure and in pain I stand not by the side of men,
And thus stand bt thee.
I shrink to give up my life,
And thus do not plunge into the great waters of life.
(Tagore, 77:4)
And now I am eager to die into the deathless

(Tagore,100:4)

Lirik-lirik nyanyian Tagore buat Tuhan ini terdapat di dalam falsafah agama Vedik, yang mementingkan lima konsep yang paling berkaitan antara satu sama lain iaitu Brahman, Atman, Karma, Samsara dan Moksha. Brahman menandakan Tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang menyelubungi segala-gala (roh duniawi). Atman ialah roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk diserapkan ke dalam roh Brahman. Karma merupakan perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang akan dialami dalam kehidupan akan datang. Samsara ialah lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman. Akhir sekali, Moksha iaitu pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai Moksha. Tetapi Karma menjauhkan Atman dan Brahman, maka Atman mestilah menghapuskan semua karma untuk mendekati Brahman. Terdapat dua jenis karma iaitu perbuatan baik dan yang tidak baik. Keinginan dan nafsu menusia melahirkan tindakan  sama ada tindakan ini boleh jadi baik atau buruk, dan dari segi pembalasannya perbuatan baik akan dibalas pahala dan perbuatan buruk dibalas dosa. Segala dosa dan pahala hendaklah diselesaikan oleh roh untuk bersatu dengan Tuhan. Inilah yang dilaungkan oleh Tagore di dalam puisinya iaitu penyucian atma daripada sifat-sifat buruk yang akan menyekat penyatuan Atman dengan Brahman itu.
Menurut Upanishad, Brahman di dalam Upanishad mempunyai dua aspek iaitu Saguna (personal) dan Nirguna (impersonal). Saguna Brahman bererti Tuhan yang dikenali manusia dengan pelbagai sifatnya dan ini termasuklah sifat-sifat seperti Maha Peyayang, Maha Adil serta pelbagai nama lain seperti Brahma, Shiva, Vishnu dan sebagainya. Nirguna Brahman bererti konsep Tuhan yang abstrak tiada sifat dan diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang, tidak pendek, tidak berbayang atau gelap, tiada rasa atau bau dan sebagainya. Semua unsur-unsur ini terdapat di dalam Gitanjali.





Kesimpulan.
Tagore seperti wali Sufi membawa keluar konsep mencapai Tuhan melalui muzik dan lirik-lirik syadu dan merdu. Ia adalah kehidupan penuh, penuh inspirasi dan penuh dengan warna. Termasuklah lagu-lagu tentang kemewahan hidup dan erti kebahagiaan yang dicapai melalui pengabdian kepada Tuhan. Kegembiraan alam salah satu kegemaran Tagore, keghairahan menunggu hujan, keghairahan untuk melihat matahari, setiap perasaan manusia telah diolah penuh puitis dan indah. Sentiasa ajaib, sentiasa menjadi sumber aspirasi, ini persembahan lagu buat Tuhan dirawat dengan penjagaan dan ketaatan. Itulah keindahan Gitanjali; setiap puisi adalah sebuah lagu-lagu merdu, kata-kata indah yang kekal di masa yang lama didalam jiwa pembaca.Tagore menulis tentang memberi dan menyerah diri kepada Tuhan sepenuhnya dalam satu halaman dan membuat kerja-kerja sebagai ibadah dan dalam puisi seterusnya beliau berjaya menggambarkan ketaatan lengkap manusia kepada Tuhan. Beberapa tema yang melibatkan alam semulajadi tetapi disini melibatkan kerohanian yang secara halus digarap indah di dalam puisi berbentuk lirik-lirik lagu yang merdu dan berwarna-warni ini. Gitanjali bercakap tentang kelahiran kehidupan, sifat dan usaha manusia untuk mencari jawapan dari tuhan sehingga bertemu di dalam kematian atau Samsara. Sama ada lagu atau hujan, alam semulajadi atau tuhan, setiap bait memaparkan kesederhanaan pemikiran.




Bibliografi
Calvin S.Hall, Gardner Lindzey. 1993. Teori-Teori Holistik (Organismik-Fenomenologis). Yogjakarta : Penerbit Karnisius.
Tagore, A.Latif (terj). 1986. Gitanjali. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nobel Foundation. 2006. Tagore Autobiografi. Capaian pada 1 Mei 2016 daripada http://www.nobelprize.org/ 
UM respitory______ dalam http://studentsrepo.um.edu.my/390/3/BAB2.pdf capaian pada 29 April 2016

Rujukan
Avin Padilla Helmi.___. Beberapa teori psikologi lingkungan capaian pada 2 Mei 2006 dalam http://jurnal.ugm.ac.id/buletinpsikologi/article/view/7404/5758
Sk. Srivarshini.____. Book review on Gitanjali. Capaian pada 29 April 2016 daripada http://kvkaraikudi.tn.nic.in/documents/reviewsgeethanjali.pdf

_______. Agama dan Falsafah Tamadun India http://titasneoindia.blogspot.my/2012/07/ agama -dan-falsafah.html capaian pada 3 Mei 2016.