Novel Desa Salji diterjemah oleh Ainon Abu Bakar daripada
karya hasil penulisan Yasunari Kawabata, Yukiguni. Novel ini mengisahkan tentang cinta tidak kesampaian yang
dialami oleh watak-watak utamanya iaitu Shimamura, Komako serta Yoko.
Novel ini dimulakan dengan adegen dalam kereta api,
semasa Shimamura dalam perjalanan ke desa salji. Dia terlihat seorang gadis
yang sangat menawan di dalam kereta api tersebut. Gadis tersebut bersama-sama
dengan seorang lelaki sakit yang kelihatan seperti suaminya. Gadis bernama Yoko
itu melayan lelaki tersebut dengan baik sekali.
Apabila tiba di desa salji Shimamura mengambil teksi
untuk ke rumah tumpangan. Dia bertemu pula dengan Komako, seorang gadis yang
sudah hampir tujuh bulan/ 199 hari (m/s 45) tidak ditemuinya. Gadis itu sudah
menjadi geisha kerana dia dilihat berbedak tebal serta skirt kimono yang
dipakainya labuh meleret ke lantai. Mereka berdua beriringan ke bilik Shimamura
(m/s 14). Mereka mula mengimbas kembali ketika mereka bertemu buat pertama
kali.
Imbas kembali (m/s 16): Komako bukannya seorang geisha
namun dia sering membantu di majlis-majlis keramaian. Pembantu rumah tumpangan
telah memanggil Komako untuk melayan Shimamura kerana geisha yang ada sangat
sibuk sekali untuk majlis pembukaan sebuah jalan. Komako dilihat Shimamura
sebagai seorang yang sangat suci dan bersih. Dia tidak sampai hati meragut
kesucian Komako dan mahu berkawan dengan lebih lama dengan Komako. Jadi dia
telah menyuruh Komako mencarikannya seorang geisha lain. Komako marah padanya
walaubagaimanapun dia mencarikan juga seorang geisha untuk Shimamura. Namun
geisha tersebut tidak menarik di mata Shimamura.
Namun pada satu malam, Komako telah masuk ke bilik
Simamura dalam keadaan mabuk. Dia mengatakan perkara-perkara yang tidak masuk
akal. Saya berpendapat Komako mahu Shimamura melayan kerenahnya yang ketika itu
separuh sedar. Perasaan Komako seolah-olah berbelah bahagi samada mahu
menyerahkan dirinya atau pun tidak.dan Shimamura faham akan kehendak Komako.
Akhirnya Shimamura telah menariknya ke atas katil (m/s 38, 39). Saya
berpendapat mereka telah mengadakan hubungan seks walaupun tidak dinyatakan
dengan jelas oleh Yasunari Kawabata. Kemudian Shimamura berangkat pulang ke
Tokyo. (Imbas kembali tamat)
Mereka kemudian bercerita tentang diari, novel, filem dan
drama. Komako telah ikut Shimamura ke kolam mandi (m/s 49) dan pada pagi-pagi
buta, Komako pulang ke rumahnya.
Keesokan harinya Shimamura bertemu Komako dan bertanya
tentang Yoko dan memberitahu dia amat tertarik dengannya (m/s 56). Komako tidak
menjawab soalan Shimamura dan berpendapat bahawa Shimamura seorang yang pelik.
Mereka kemudian pergi ke rumah Komako di mana Shimamura sekali lagi bertemu
dengan Yoko (m/s 60). Semasa pulang dari rumah Komako, Shimamura menahan
seorang tukang urut untuk mendapatkan khidmat urutannya. Daripada tukang urut
tersebut, dia mengetahui bahawa Yukio, lelaki sakit yang dijaga Yoko itu
merupakan tunangan Komako.
Suatu mesyuarat diadakan di rumah tumpangan yang mana
Komako dijemput hadir (m/s 67). Komako duduk di bilik Shimamura dan bermalam di
sana selama tiga hari. Mereka bercerita tentang hubungan Komako dan Yukio. Yoko
menghantar samisen Komako
ke rumah tumpangan (m/s 74). Komako bermain alat muzik tersebut sambil berbual
dengan Shimamura. Semasa Shimamura pergi ke stesen kerata api untuk pulang
ditemani Komako, tiba-tiba Yoko datang kepada mereka dan memberitahu bahawa
Yukio sedang nazak. Namun Komako tidak mahu pulang kerana menurutnya, dia tidak
mahu melihat orang mati. Komako telah menolak Yoko hanya kerana dia meminta
izin kepada Shimamura untuk membenarkan Komako pulang.
Bahagian 2
Selepas hampir setahun (m/s 104), Shimamura kembali ke
desa salji. Dia sepatutnya kembali semasa Pesta Buru Burung namun dia telah mungkir pada
janjinya kepada Komako itu. Shimamura mendapat tahu Yukio sudah mati (m/s 101).
Kemudian, mereka bercerita tentang Kikuyu yang baru bersara (m/s 104),
bercerita tentang tempat tinggal Komako yang baru iaitu rumah geisha yang
sebenar (m/s 109), tentang kesihatan Komako dan tentang Yukio (m/s 114).
Esoknya, Shimamura bertanya tentang Yoko kepada Komako
dan Komako menjawab bahawa Yoko banyak menghabiskan masanya di pusara Yukio
(m/s 117). Shimamura pergi bersiar-siar di sekitar kampung selepas Komako
meninggalkannya. Saya berpendapat Shimamura mahu pergi mencari Yoko. Shimamura
terlihat Yoko di pusara Yukio (m/s 118).
Keesokan harinya apabila terjaga daripada tidur,
Shimamura melihat Komako sedang duduk di sisinya. Mereka kemudian pergi ke
pusara dan terserempak dengan Yoko (m/s 128). Komako mengatakan bahawa dia
ingin mencuci rambutnya kepada Yoko dan berlalu pergi bersama Shimamura.
Shimamura bertanya sama ada Yoko tinggal bersendirian kepada Komako dan ini
membuatkan Komako melenting.
Semasa sebuah parti diadakan di rumah tumpangan, Yoko telah
menghantar surat Komako kepada Shimamura. Shimamura berkesempatan untuk
berbual-bual dengan Yoko (m/s 143). Shimamura berkata “ Menurut Komako engkau
seorang yang sungguh cemburu. Bukankah lelaki itu tunangannya?” dan Yoko
menjawab “ Yukio? Dusta. Dusta.”.
Shimamura berfikir tentang kain chijimi dan seolah-olah menyamakan chijimi dengan Yoko (m/s 162- 166). Dia terdengar bunyi bayu
jauh dan dentingan loceng yang samar-samar. Dia melekapkan telinganya ke sebuah
cerek untuk mendengar. Kemudian tiba-tiba dia dapat melihat kaki Komako
berlari-lari anak ikut dentingan loceng. Berdasarkan pengenalan (m/s xviii) saya berpendapat ketika ini,
Shimamura sedang mengimbas kembali kejadian kebakaran gudang kokun yang telah
berlaku dan dentingan loceng tersebut merujuk kepada bunyi amaran kebakaran
gudang yang dia dengar semasa malam kejadian.
Imbas kembali: Semasa pulang dari kawasan chijimi menaiki
teksi, Shimamura singgah ke restoran Kikumura dan bertemu Komako. Tiba-tiba
amaran api berbunyi (m/s 175). Rupa-rupanya gudang kokun sedang terbakar.
Mereka bergegas ke gudang tersebut. Komako begitu cemas sekali. Orang ramai
melihat tubuh seorang perempuan jatuh ke tengah-tengah nyalaan api.
Rupa-rupanya tubuh itu milik Yoko. Komako berlari mendapatkan jasad Yoko yang
kaku dan mengangkatnya keluar daripada kawasan kebakaran itu. Dia merintih
sayu.
ada tak novel / buku desa salji?
ReplyDelete