Wednesday, 10 August 2016

walau sudah ada ijazah tapi masih meganggur... lelaki ini memberi nasihat tentang.... PENTING!

Orang selalu cakap, untung kalau ada kelulusan universiti macam diploma, ijazah, master atau PhD. Kalau ditanya kebanyakan mak ayah pulak, kelulusan ni penting untuk menjamin kita kerja gomen (government). Diorang anggap kerja gomen tu lebih terjamin dan stabil berbanding buat bisnes, kerja swasta dan sebagainya.
Tapi, semua tu dulu. Masa ekonomi tengah rancak dulu. Sekarang ni kelulusan tinggi tak menjamin kita dapat kerja tau. Majikan dah mula tengok soal pengalaman kerja dan softskills. Macam manalah agaknya kalau generasi akan datang ye? Dahlah kalau nak kerja gomen kena tunggu veteren-veteren yang pencen umur 60 tahun dulu baru ada kekosongan. Kami share dengan korang luahan pemuda ni tentang isu tersebut.

Sekarang memang susah nak kerja

Screen Shot 2016-08-10 at 12.01.00 PM

Macam mana nasib generasi seterusnya?

Screen Shot 2016-08-10 at 12.01.11 PM

Ijazah bukan tiket untuk dapat kerja

Screen Shot 2016-08-10 at 12.01.22 PM

Ramai je berjaya tanpa ijazah

Screen Shot 2016-08-10 at 12.01.31 PM

Manusia bukan Tuhan yang nak aturkan hidup

Screen Shot 2016-08-10 at 12.01.47 PM

KOLEKSI FILEM MENARIK 2 : DEVDAS (2002)





UNTUK MENONTON SILA KLIK LAMAN INI:

https://www.youtube.com/watch?v=M-2Y8KsxDws

KOlEKSI FILEM MENARIK 1 : Raise the Red Latern




UNTUK MENONTON SILA KLIK LAMAN INI :

https://www.youtube.com/watch?v=5Yo8bvg0MAg

siapa yang masih ingat seseorang yang pernah dikenali dulu?

                                       
                                           

Monday, 14 December 2015

PELABUHAN KASIH CIKGU SULIZI

saya suka dengar lagu ini.


Hatiku sakit lagi
demo buak tak caro
punah payah nak beki
 rusok belako
 kalu luka dibody boleh tapung daging poho
tapi luka dihati tak leh buak apo

haaaaaa hoooooo
hatiku luka

tak seko nak jadi hubunge kito dua
dulu demo ku benci
 bakpo loni ku suka
kasih sayang nyo mari
 tak dok sapo duk paksa
bertapak dalam diri supo api duk nyala
kawe puja diri demo sapa telupa lauk darat
siksonya kerjo sapa tak leh nak buat
ku duk ingat
 ku duk harap
mu ada dekat

haaaa haaa haaa haaaaa

masa beganti masa
hari beganti hari suko menjadi duko
aku berteman sepi
loni bare tenyata demo tak kawe miliki
kasih demo tok supo denge hok ku hajati
sapa hati demo
tingal masa kawe tengah saye
menyesal ku sedar ke betepuk sebelah tange
ku derita ku kecewa
cintaku hampa


haaa haaa haa
nanti puah ku nanti
nanti sapa bilo harap ko janji
diriku sekso
cari buke ku tak cari
ganti mu toksupo dea gilo hati payah nak lupo

hhhaaaaaa hooo
ku tak leh lupo

Tuesday, 6 October 2015

Tudung Murah by Rosalinda Hijab


Assalamualaikum.

bagi wanita di luar sana yang meminati tudung pelbagai gaya tetapi menutup aurat dengan sempurna , page ini adalah seller yang mampu memenuhi citarasa anda.

pelbagai jenis tudung pelbagai gaya ditawarkan kepada anda dengan harga yang berpatutan.

like page : Rosalinda Hijab

 https://www.facebook.com/RosalindaHijab
tq

Thursday, 1 October 2015

BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN PROPOSAL LENGKAP UNTUK DRAMA TV

Assalamualaikum 

Kali ini saya ingin meyentuh beberapa perkara di dalam entri saya ini berkaitan dengan bagaimana menulis proposal untuk penerbitan drama di kaca televisyen secara ringkas. Gambar di atas adalah contoh proposal yang saya tulis untuk dihantar kepada syarikat produser.

saya sering mendapat pesanan mesej oleh khalayak yang memohon saya tuliskan proposal untuk mereka kerana mereka punyai IDEA tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk menulis proposal tersebut. Proses ini adalah perkara yang paling asas bagi seorang yang BERANGAN-ANGAN untuk melihat idea mereka terpampang di kaca televesyen. Paling menyeronokan apabila melihat nama sendiri terpampang di kava TV.

saya tegaskan di sini bahawa untuk melihat kejayaan ini adalah bukan perkara senang dan bukan juga susah jika adanya USAHA YANG KONSISTEN.

bagi saya, seorang sarjana kesusasteraan yang masih menuntut, masih banyak ilmu yang perlu saya gali bagi menjadi seorang yang berjaya dalam aspek yang saya ceburi dan semua itu bukaannya mudah, memakan masa, memerlukan usaha dan ketabahan, dan mengikis kewangan malahan mengalirnya air mata dan keringat.

pengalaman saya dalam menuntut ilmu untuk menghasilkan sebuah proposal terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. saya mula cemderung untuk menulis ketika saya bertemu dengan penulis skrip hebat ENCIK MAZLAN MANAN, anak kelahiran bumi "Terengganu kito" pendedahan ringkas oleh beliau membuka mata untuk menceburi bidang ini sebagai hobi/minat. Kemudian saya menyertai angkatan  PERSATUAN LAKON LAYAR SELANGOR DAN KUALA LUMPUR pada tahun 2013 di Bangunan Finas Kuala Lumpur.

sejak itu saya mula mengenali penulis hebat dan otai-otai antaranya ialah Siti Jasmina Ibrahim, Ahmaad Saabun, Zaharudin Desa, Pnut Syafinaz, Zaini Kosnin, Mf Kencana dan ramai lagi. rata-rata mereka telah menghasilkan berpuluh-puluh malahan beratus-ratus karya yang sudah terbit dilayar TV. Saya terasa cukup bangga kerana didampingi oleh orang hebat sedangkan saya si ikan bilis di lautan luas, berenang dipermukaan kadang diulus ombak, ke tepi ke kanan dihayut arus. belum ada haluan yang tepat dan tiada destinasi yang nyata. Disini saya mula berusaha untuk merealisasikan ANGAN_ANGAN saya.

belajar dan terus belajar, bertanya otai-otai dan segala macam yang saya pelajari dan saya mula sedar bahawa kenyataanya pelbagai onak yang saya perlu lalui untuk menjadi seorang penulis yang hebat. 

dan saya masih lagi mengali ilmu untuk mencapai cita-cita saya yang tidak terbatas pada satu.

berbalik kepada cerita asal. ramai orang meminta saya untuk menolong mereka. contohnya

TOLONG TULISKAN SAYA PROPOSAL BOLEH TAK?

SAYA TAK RETI TULIS BOLEH TOLONG SAYA?

SAYA ADA IDEA TAPI SAYA TAK RETI TULIS PROPOSAL UNTUK SAYA TAK?


sebelum anda BERANGAN-ANGAN untuk merasa karya anda terbit, dinasihatkan supaya anda berusaha dahulu kemudian menemui jalan buntu, janganlah mengambil jalan mudah.

tetapi saya akan MENOLONG kalian, dengan syarat anda harus memberi UPAH kepada saya kerana mengorbankan masa dan tenaga saya untuk anda. kerana didunia ini tidak ada yang PERCUMA melainkan ILMU YANG DIAMANAHKAN OLEH ALLAH S.W.T

Ada yang terkejut, marah-marah dan terus menyepi apabila saya menegaskan hak saya. saya terasa agak pelik dan terkilan. 

seharusnya mereka tahu, tidak ada perkara yang senang kita perolehi tanpa berusaha, dah mereka harus faham bahawa saya juga mempunyai hak untuk menuntut apa yang saya perlu tuntut.
apa yang saya ada ini adalah kurniaan Allah berkat dari USAHA saya. mengapa saya tidak harus meminta balasan dari manusia untuk usaha saya? saya tidaklah meminta jumlah yang besar tetapi setimpal dengan usaha saya.

anda setuju?


#jika anda berminat untuk saya MEMBANTU ANDA untuk menghasilkan proposal. boleh hubungi saya melaui wasap dan Email yang tertera di muka hadapan proposal Mat Skuter V Minah Superbike.

sekian, wasallam.