koleksi novelku yang terbaru
Assalamualaikum..
setelah 8 bulan terjadinya tragedi yang meragut seluruh harta benda penduduk kampungku, kampung Manek Urai lama termasuklah harta benda rumahku dan juga turut menghayutkan bumbung rumahku.
tidak ada daya ku tika itu, dibenak ku hanya memikirkan keselamatan keluarga sedangkan aku jauh nun di bumi Pulau Pinang sedang menanti hari peperiksaan akhir bagi semester akhir aku sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu.
dan segala koleksi simpanan buku ilmiah dan novel yang ku kumpul segalanya musnah ditelan lumpur bah. yang selamat hanya senaskah Al Quranku yang tidak dijamah walau setitik air kuning mahupun selut.
putih bersih
kini, aku mengumpulkan kembali koleksi novel, bukan untuk manghabiskan masa dengan melayan kisah-kisah lara cinta muda mudi tetapi lebih untuk mempelajari bagaimana penulispenulis muda ini memancing jiwa anak muda untuk terus meminati novel cinta seperti ini. aku kumpulkan juga buku-buku ilmiah dan juga novel orang putih dengan hanya niat untuk meningkatkan lagi vocubulary ku,
setakat ini dua buah novel telah berjaya aku khatam iaitu isteriku 120kg, Kimci untuk awak, suamiku jiran sebelah rumah. rata-rata novel ini mengisahkan kisah cinta anak muda zaman kini yang mengingikan dan mendambakan kasih dari jejaka kacak idaman malaya di samping memiliki kerjaya yang tinggi.
kesemua ini hasil dari desakan psikologi seorang remaja yang memginginkan kehendak mereka dipenuhi terurtamannya dari segi percintaan.
maka tidak heranlah jika kini kita lihat, remaja belasan tahun sudah pandai bercinta dan lebih teruk sudah pandai melakukan maksiat.
apapun, novel sebegini hanyalah alat untuk memenuhi kehendak mereka yang tidak kesampaian dengan tektik mainan emosi remaja yang suka meceburi perkara baru, keinginan yang memuncak, kehendak yang tidak tercapau, imaginasi mereka direka dalam bentuk logik dan realistik.
sehingga kini, banyak karya-karya seperti ini telah diangkat menjadi sebuah drama TV, kerana permintaan yang cukup tinggi lantaran kejayaan drama tv sebelum ini melonjakkan lagi ketamakan kapitalisma untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasib bangsa, matlamat hidup, dan tuntutan agama.
sekian. wasallam.
| | | | | | |
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment