Monday, 31 August 2015

Puitismu Bicaraku


koleksi novelku yang terbaru



Assalamualaikum..


setelah 8 bulan terjadinya tragedi yang meragut seluruh harta benda penduduk kampungku, kampung Manek Urai lama termasuklah harta benda rumahku dan juga turut menghayutkan bumbung rumahku.

tidak ada daya ku tika itu, dibenak ku hanya memikirkan keselamatan keluarga sedangkan aku jauh nun di bumi Pulau Pinang sedang menanti hari peperiksaan akhir bagi semester akhir aku sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu.

dan segala koleksi simpanan buku ilmiah dan novel yang ku kumpul segalanya musnah ditelan lumpur bah. yang selamat hanya senaskah Al Quranku yang tidak dijamah walau setitik air kuning mahupun selut.

putih bersih

kini, aku mengumpulkan kembali koleksi novel, bukan untuk manghabiskan masa dengan melayan kisah-kisah lara cinta muda mudi tetapi lebih untuk mempelajari bagaimana penulispenulis muda ini memancing jiwa anak muda untuk terus meminati novel cinta seperti ini. aku kumpulkan juga buku-buku ilmiah dan juga novel orang putih dengan hanya niat untuk meningkatkan lagi vocubulary ku,

setakat ini dua buah novel telah berjaya aku khatam iaitu isteriku 120kg, Kimci untuk awak, suamiku jiran sebelah rumah. rata-rata novel ini mengisahkan kisah cinta anak muda zaman kini yang mengingikan dan mendambakan kasih dari jejaka kacak idaman malaya di samping memiliki kerjaya yang tinggi.

kesemua ini hasil dari desakan psikologi seorang remaja yang memginginkan kehendak mereka dipenuhi terurtamannya dari segi percintaan.

maka tidak heranlah jika kini kita lihat, remaja belasan tahun sudah pandai bercinta dan lebih teruk sudah pandai melakukan maksiat.

apapun, novel sebegini hanyalah alat untuk memenuhi kehendak mereka yang tidak kesampaian dengan tektik mainan emosi remaja yang suka meceburi perkara baru, keinginan yang memuncak, kehendak yang tidak tercapau, imaginasi mereka direka dalam bentuk logik dan realistik.

sehingga kini, banyak karya-karya seperti ini telah diangkat menjadi sebuah drama TV, kerana permintaan yang cukup tinggi lantaran kejayaan drama tv sebelum ini melonjakkan lagi ketamakan kapitalisma untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasib bangsa, matlamat hidup, dan tuntutan agama.

sekian. wasallam.



 







Kupu kupu syurga


Assalamualaikum w.r.t


Setiap kali aku terpandang wajah anak-anak kecil di tempat asing ini, kotak memoriku mula terbayangkan wajah kecil kupu kupu syurgaku ini yang jauh dimata.

bagaimanakah keadaan dirimu?

agak agaknya baik baik saja.

Cik da mendoakan kalian menjadi anak yang solehah kelak.

Faizatul Qusna, anak saudaraku yang kedua hasil perkahwinan kakak kedua ku bersama seorang lelaki bukan pilihan kakak mahupun keluarga. kini sudah menjangkau usia setahun lebih.

kanak-kanak yang ku rasa tenang tiap kali menatap wajahnya yang suci tanpa titik dosa. Masih belum pandai berkata-kata, tidak banyak onar, agak lincah beraksi.

semoga dirimu di rahmati Allah.

Faizatul Qusna 















 Farisha Umairah.

sudah 3 tahun usiamu duhai Farisha Umairah. agak nakal dan buas. masih belum pandai berkata-kata secara lancar seperti kanak-kanak lain.

sudah pandai main game di tab hadiah daripada papanya.

Cik Da harap Farisha akan jadi wanita solehah kebanggaan keluarga.


 walaupun kalian sudah berpisah dengan papa kalian, Cik Da harap kasih sayang dari ibu saudara dan ayah saudara mu cukup untuk mengaburi kekurangkan itu.

Cik da harap kalian membesar dengan baik dan menjadi gadis pintar yang mempertahankan agama kita. Islam.


Cik Intan Sazlini

cik intan, terpisah jauh di bumi ipoh. berusia 7 bulan anak kelahiran musim bah besar melanda Kelantan december 2015.

dilahirkan pada 25/12/2015 anak ini kian cerdik membesar dengan baik. juga tidak banyak onar.

cik da harap, anak-anak saudara Cik Da membesar dengan sempurna. sesunguhnya Cik Da yang dirantauan ini amat merindui kalian.

wasallam..

kenangan mengusik jiwa


assalamualaikum w.r.t

tuai padi antara masak 
esok jangan layu layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu rinduan. 

gambar ini meruntun hati ku, semakin lama saya menatap gambar ini semakin banyak kenangan yang mencuit hati. kenangan 10 tahun yang lalu, kenangan zaman persekolahan, zaman saya 'bolot' bak kata kawan-kawan.
tingkatan 2 tahun 2005 mencatat segala onak dan duri, ranjau yang pernuh bersalut duka namun dihiasi dengan mentari dan kekuatan malahan semangat yang menebal dalam  diri saya untuk terus belajar.

 Dan gambar ini mengabdikan sebahagian wajah rakan-rakan saya.  kini, masing-masing sudah membawa diri menjalani hidup masing-masing, ada yang sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak-anak yang comel. sebahagian dari mereka masih lagi menyingle contohnya saya. hehehe.

bukan memilih. bukan kerana tidak ada yang suka, tapi saya memilih untuk menyendiri dan menanti yang terbaik dalam hidup saya. Mengapa saya nak terhegeh-hegeh mengejar cinta yang tak pasti? jodoh kan milik Allah, jadi kita hanya perlu berdoa dan in sha Allah semua itu akan muncul dalam hidup kita tanpa disangka-sangka.

berbalik pada kenanganku di bangku sekolah.

saya merupakan pelajar yang aktif dalam sukan sekolah. namun tidaklah sehebat mana, setakat mampu menamatkan larian 3000m, 1500m, 800m, 400m tanpa rasa mengah dan semput mahupun rebah. saya agak tomboy juga pada masa ni. kalau rakan-rakan lain sudah mula pandai mengintai abang-abang tingkatan 4 diblok atas, saya hanya memandang sekilas sambil mencebik. "tak ada kerja lain, tak ada faedah!"

oh ya.
pada zaman ini juga lah saya menjejakan kaki dan menetap di asrama sekolah. Asrama puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai. Banyak pengalaman yang saya tempuhi. firstly, pengalaman 'cukup umur', pengalaman nampak hantu, pengalaman kena caci maki dek warden, kena denda, pengalaman berkawan, dan pengalaman cinta monyet pertama dalam hidup. walaupun agak tomboy saya pun tetap ada fitrah seperti remaja perempuan lain. hehehe

KISAH CUKUP UMUR

pengalaman cukup umur saya, agak memalukan juga. dengan keadaan toilet yang sentiasa tiada air membuatkan saya tak reti nak menguruskan diri. hahahhaha. tak payah la cerita, rasa segan pula. dan kerana saya seluruh pelajar perempuan yang cukup bulan waktu itu kena denda, sedangkan saya terlepas. gara-gara masa tu saya dah lepas waktu cukup umur. hahahaha heboh 1 asrama cikgu bercerita, berpesan hal yang selepas kejadian ini saya baru sedar, rupanya saya yang buat.

kisah apabila ada pelajar pam toilet keluar air merah. ingatkan ada orang mati dalam tong air simpanan rupanya ada "mayat kering" dalam pam toilet. ini semua kerja saya. opssss! biarlah rahsia. bermingu-mingu juga kisah ini jadi bualan di asrama. sehingga kini ia telah jadi satu kejadian misteri. HAAHHAA.

KISAH AKU NAMPAK HANTU.

Disebabkan saya ini berjiwa kental, bab-bab hantu toyol pocong ni saya tak endah sangat tambahan pula di asrama. minggu pertama saya diasrama saya sudah disogokkan dengan kisah dongeng hantu jepun berkawat pada setiap tanggal 31 ogos, orang minyak, hantu pocong, hantu perempuan beranak dan macam-macam. kisah mereka saya dengar tak dengar sambil mencebik. "alah nak takut buat apa, aku tak percaya lah. kalau ada meh muncul depan aku" alahai takbur sungguh saya ni zaman tu. hantu hantu saya jentik je.

nak dijadikan cerita. pada suatu malam saya tak lena tidur. lampu beranda suam-suam kuku. saya nampak bayang-bayang pokok melambai-lambai di jerigi jendela. saya terdengar percikan air kolah di bilik mandi. melimpah ruah bunyinya. sangkaan saya, sudah masuk waktu 4.30 pagi. saya capai tuala dan sepersalinan baju yang sememangnya saya sudah gantung awal-awal di sudut katil duble ducker dan saya  seolah-olah merasa ada sesuatu memerhatikan saya pada waktu itu. di ruang bilik mandi saya rasa lain macam, oh ya selepas saya keluar dari dorm, saya terserempak dengan dua orang perempaun. macam saya kenal, tapi saya tak ambil peduli. mereka mandi lebih awal dari saya kerana ada kain tuala dan baju di tangan mereka. semasa saya mandi saya menoleh kebelakang kearah pintu keluar ke ampaian yang sememangnya terbuka luas tanpa jendela pintu. gelap pekat. seram pun ada. saya mandi dua gayung, gosok gigi dan blahh..

masuk dorm, dalam kesamaran lampu beranda( sebelum azan subuh, tidak dibenarkan pasang lampu dorm), saya nampak sesusuk tubuh rambut panjang kerinting berbaju sekolah putih. saya sangkakan kakak senior tingkatan 3 yang perlu bersiap awal kerana mereka perlu hadir awal disekolah. kononnya nak beramah mesra saya tanpa rasa curiga menegur

"kak tipah. awal bersiap?"

dia hanya jawab "ermm' sambil menyikat rambut kerinting paras bahu. dan saya kembali menyambung tidur sehingga kedengaran azan subuh memanggil dari surau di tepi sungai. nun jauh di asrama putera. bangun subuh dari tidur yang agak lama saya rasa sedangkan tadi dah bangun pukul 4.30 pagi, saya rasa badan lemah. panas sejuk silih berganti dan akhirnya saya deman panas. disebabkan tak tahan dan homesick saya lari balik rumah seminggu.

di rumah, saya berfikir dan imbas kembali kejadian malam itu. barulah saya tahu bahawa dua perempuan yang berselisih dengan saya di beranda itu adalah adik beradik yang seminggu sebelumnya telah meninggal dunia kerana mati lemas di Gunung Stong. pusat peranginan air terjun tertinggi di Asia yang terletak di Gua Musang. Dan perempuan berbaju putih yang saya panggil kak tipah itu adalah hantu jembalang. 

mana tidaknya, selepas subuh saya bertembung dengan kak tipah yang tidur di bilik study baru sahaja mencapai tuala untuk mandi. dan siapakah perempaun yang saya tegur semalam? misteri kan? sejak kejadian itu saya sudah tidak berani lagi bercakap takbur.cukuplah sekali, saya tidak mahu melihatnya lagi.

KISAH AKU KENA MAKI DEK WARDEN ASRAMA.

selepas saya lari dari asrama, saya pulang kembali. sudah tentu saya di marahi. saya diamkan saja apa yang telah berlaku. kemudian saya di marahi lagi apabila pulang lewat kerana menjalani latihan sukan. sekali lagi saya di caci maki. oh saya memang benci dengan cikgu itu tetapi tetap menghormati beliau sebagai seorang guru. beliau mendenda saya tidak boleh makan malam dan tidak dibenarkan lagi menghadiri latihan sukan. saya selalu mewakili sekolah dalam sukan peringkat sekolah daerah dan negeri. saya mogok. seminggu kemudian cikgu sukan saya menjelaskan hal yang sebenar kepada warden dan saya dibenarkan kembali mengikuti latihan. peristiwa yang paling teruk saya di marahi beliau adalah apabila saya menghabiskan sejumlah wang biasiswa. mengamuk sakan beliau. caci maki saya sehingga peringkat tok nenek. saya diamkan diri. kes ini sampai ke pengetahuan PK Hem. Saya ceritakan sebahagian wang saya belanja untuk beli pakaian sukan dan sebahagian lagi saya hantar kepada kakak sulung yang ketika itu mengikuti pengajian di UUM. sehingga sekarang saya masih menghormati beliau walaupun saya sering mengelak dari bertembung dengan beliau. dalam hati ini masih ada luka. tetepi 10 tahun berlalu ianya sudah menjadi kenangan manis yang tidak boleh dijual beli.

JATUH CINTA PANDANG PERTAMA.

saya mula menjalin cinta, ketika ini usia 16 tahun. tetapi cinta saya cinta koboi. walaupun saya suka dia. saya tidak pernah mengedik. saya hanya jeling jeling saja. yang ini malas nak cerita panjang lebar. sekarang pun dia dan punyai isteri dan dua orang anak yang sudah besar barangkali. saya kenal dia, dalam satu unit pasukan sukan di sekolah. latihan bersama. entah macam mana saya tiba-tiba suka dengan cara dia, senyuman dia. rupa-rupanya saya tak bertepukl sebelah tangan. akhirnya dia menghadiahkan saya tuala oren dan saya hadiahkan dia tali pinggan biru semperna tarikh lahir dan hadiah itulah hadiah pertama dalam hidup saya. ku sangka cerah sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. rupa-rupanya dia menjalin cinta dengan perempuan lain. budak pengawas seusia dia. ahhh saya frust. ini semua gara-gara saya tak pandai bercinta dan berdating. hahaha tak pernah sekali pun saya berdating ditepi toilet seperti budak-budak lain, tidak pernah berjumpa. mungkin kerana ini, saya ditingalkan..sadis betul. dan tahun ini saya menduduki peperiksaan PMR. dan keputusan yang saya dapat hanya 2A 5B 1C. agak mengecewakan kerana saya salah seorang pelajar target 6A. cikgu sangka saya gagal kerana putus cinta.

alahai saya juga yang kena. padahal waktu peperiksaan saya tidak berapa sihat, batuk berkahak. saya rasakan dugaan ini kerana banyak khilaf yang saya buat disebabkan terlalu nakal. yelah. saya pernah penjat pokok mempelam belakang sekolah. sehingga saya di booooo oleh pelajar lelaki. bermula hari itu saya dijolok sebagai ratu climbing.


tidak saya sangka semuanya sudah berlalu 10 tahun yang lalu. kini, saya tidak tomboy lagi walaupun kadang-kadang perangai kasar itu menerjah. saya sudah belajar menjadi wanita yang feminim. alhamdulillah. saya sudah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian di Universiti Sains Malaysia dan akan menjalani kehidupan sebagai student Sarjana Satera minggu ini.

doakan saya mencapai cita-cita saya sebagai seorang doktor dan bertemu jodoh dengan hamba yang benar-benar mentaati Allah s.w.t agar dia mampu memimpin saya kejalan yang diredhai Allah. Aamiin.

Insha Allah. wasallam.

Sunday, 30 August 2015

Nikah muda elak zina?

ramai kita lihat anak muda kawin awal pada zaman sekarang?

alasan mereka, "nak elak zina."

klise zaman sekarang

mereka lupa 1 perkara.

ramai juga anak muda yang bercerai zaman sekarang.

pernah dengar kisah cinta Sayyidina Ali?

beliau menangguhkan dulu cintanya kerana masih ingin mencari ilmu, mahu berjuang di jalan Allah.

sedangkan beliau boleh saja minta pada Rasulullah untuk bernikah dengan Fatimah.

mana mungkin Rasullulah akan tolak lamaran pemuda yang berani seperti beliau.

tapi beliau tidak melakukan hal sedemikian.

beliau sedar nikah bukan sahaja melibatkan perasaan cinta tetapi banyak hal lagi yang perlu dipelajari.

zaman sekarang,

para pemuda dan pemudi semua sudah futur terutamanya semangat jihad

siang malam memikirkan perihal jodoh.

jodoh

jodoh

jodoh

sedangkan Ali sedaya upaya minta dengan Allah agar dilupakan sebentar

dan Ali senderi tidak membiarkan dirinya selalu memikirkan Fatimah.

permasalahan umat pada masa sekarang

senang sekali jatuh cinta

kemudian bernikah

kamu tahu apa yang Allah paling benci?

"sikap terburu-buru."

kamu tidak cintakan Allah

kenapa zina mudah berlaku?

kerana punca dari kita sendiri


MUDAH JATUH CINTA.